Remaja maut, hanyut ketika mandi sungai bersama rakan

GOPENG – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai hanyut ketika mandi di Sungai Kampar berhampiran Kebun Pak Wan di sini, pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, mangsa dilaporkan terjun ke sungai sebelum dihanyutkan arus, menyebabkan rakannya segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan dan tiba kira-kira 12 minit kemudian.

“Ketika kejadian, anggota Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (FRAM) Tronoh yang kebetulan sedang menjalankan latihan berhampiran lokasi telah bertindak pantas memulakan operasi mencari menggunakan teknik surface searching.

“Mangsa berjaya ditemukan kira-kira 10 minit kemudian pada jarak antara 15 hingga 20 meter dari lokasi dia dipercayai terjun ke sungai,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, sebaik mangsa dibawa naik ke tebing, anggota FRAM Tronoh bersama pasukan BBP Gopeng segera memberikan rawatan awal serta melakukan Bantuan Pernafasan Kardiopulmonari (CPR) secara berterusan selama hampir sejam sementara menunggu ketibaan pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, katanya, pegawai perubatan KKM mengesahkan remaja itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi yang diketuai PBK II Arif Irfan Mokhtar dengan pemantauan Komander Operasi Kanan, PPgB Hemanathan Subermaniam itu berjaya dikawal pada jam 2.55 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.18 petang.

“Operasi melibatkan tujuh anggota dengan kekuatan logistik sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS),” katanya.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan