Niat pecah rumah tidak kesampaian, suspek maut saluran jantung tersumbat

IPOH – Cubaan dua lelaki memecah masuk sebuah rumah di Jalan Building Society, Taman Star di sini berakhir dengan kematian salah seorang suspek akibat saluran arteri koronari tersumbat selepas bergelut dengan penjaga rumah dalam kejadian awal pagi Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 40 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 pagi apabila dua suspek memasuki rumah berkenaan melalui tingkap yang diumpil sebelum berlaku pergelutan dengan penjaga rumah.

“Seorang suspek dipercayai berjaya melarikan diri manakala seorang lagi ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Mohd Alwi, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian lelaki terbabit adalah disebabkan masalah saluran jantung tersumbat.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (Sudden Death Report – SDR).

“Bagaimanapun, siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan masih diteruskan, termasuk usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India