AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

KUCHING – Usaha memacu literasi digital dan pemahaman tentang teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan komuniti terus diperhebat menerusi penganjuran program AI Talks Edisi Ke-2 yang berlangsung di Atrium Utama Plaza Merdeka pada Selasa lalu.

Bersempena dengan kemeriahan sambutan Hari Malaysia 2026, Pertubuhan AI Sarawak (PAIS) dijemput secara rasmi oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak bagi mengendalikan sesi Pocket Talk dan bengkel interaktif yang mengangkat tema ‘Daripada Idea Kepada Hasil’.

Menurut Presiden PAIS, Abdul Khaaliq, program tersebut bertujuan memberikan pendedahan komprehensif kepada masyarakat awam berhubung penggunaan kecerdasan buatan generatif dengan cara yang beretika, selamat, dan penuh rasa tanggungjawab.

“Ilmu adalah tanggungjawab. Jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain,” tegasnya ketika menekankan kepentingan pemerkasaan kemahiran digital masyarakat sejajar dengan peredaran zaman.

Sesi perkongsian ilmu dan latihan praktikal itu turut diterajui bersama oleh Setiausaha PAIS, Nur Ismad serta Pendidik AI Sukan dan Produksi Program Pembangunan Bakat Bola Sepak Elit (ETFDP) Sarawak, Coach Zanawi.

Menerusi pendekatan pembelajaran secara terus (hands-on), para peserta berpeluang meneroka pelbagai aplikasi AI yang menumpukan kepada bidang kreativiti digital.

Salah satu modul utama yang berjaya menarik tumpuan pengunjung adalah demonstrasi dan bengkel penghasilan imej serta video AI secara langsung.

Bagi menguji kefahaman dan daya kreativiti peserta, penganjur turut mengadakan pertandingan penghasilan imej dan video AI bertemakan Hari Malaysia.

Menariknya, sesi ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal, malah memberi penekanan tegas terhadap kepentingan ketepatan, semakan fakta (fact-checking), dan sensitiviti pengkarya terutamanya apabila ia membabitkan simbol kedaulatan negara serta identiti budaya tempatan.

Penilaian karya bagi pertandingan tersebut telah diadili oleh wakil Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Wan Faizal dan wakil Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Yusri.

Sebagai pengiktirafan atas daya usaha dan kreativiti yang ditonjolkan, seramai 10 peserta dengan hasil karya video AI terbaik telah dinobatkan sebagai pemenang.

Mereka membawa pulang hadiah istimewa berupa bola sepak bernilai RM250 dan baju sukan berjenama sumbangan ETFDP Sarawak (ETFAi).

Penganjuran program itu turut mendapat sokongan strategik daripada EPU Sarawak, UKAS, JAPEN Sarawak, dan Arkib Negara Malaysia dalam usaha membentuk warga Sarawak yang celik dan bersedia mendepani arus revolusi teknologi masa hadapan.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera