Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyelar kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang disifatkannya cukup biadab apabila mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon menteri besar.

Aminuddin yang juga calon DUN Linggi berkata, Asyraf Wajdi perlu memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Undang Yang Empat serta seluruh rakyat Negeri Sembilan.

Ini kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) secara jelas menyatakan bahawa menteri besar ialah orang Melayu, dan tidak pernah menyebut bahawa orang Cina boleh menjadi Menteri Besar.

“Saya minta supaya seluruh pimpinan UMNO menegur pemimpin biadab ini.

“UMNO kata hormat Melayu, hormat Raja, hormat Islam, tetapi sendiri yang langgar,” katanya kepada media semalam.

Menurut Aminuddin, sebagai seorang pemimpin, beliau tidak sepatutnya bergurau seperti itu kerana ia boleh disalah tafsir.

“Perbuatan biadab seperti ini tak patut berlaku dalam pilihan raya. Boleh bergurau tetapi gurauan itu biar kena pada tempat.

“Saya harap dia mohon maaf, bukan kepada saya, tetapi kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat serta seluruh rakyat Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Asyraf sebelum ini mempersoalkan siapakah yang akan dilantik sebagai calon menteri besar daripada PH sekiranya Aminuddin tewas dalam pilihan raya negeri kali ini.

Beliau kemudian membangkitkan persoalan sama ada rakyat Negeri Sembilan mahu Anthony Loke menjadi Menteri Besar.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan