239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

IPOH – Seramai 239 ahli Pengakap menerima penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak dalam satu istiadat penuh gilang-gemilang yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Sabtu.

Penganugerahan itu merupakan pengiktirafan tertinggi kepada ahli Pengakap yang menunjukkan kecemerlangan dalam aspek kepimpinan, disiplin serta khidmat bakti sepanjang penglibatan mereka dalam pergerakan berkenaan.

Pada majlis sama, Ketua Pengakap Negara, Profesor Datuk Dr. Mohd Zin Bidin berkata, PPM kini melangkah ke fasa transformasi baharu bagi memastikan gerakan itu terus relevan, progresif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa depan.

Menurut beliau, kedudukan Malaysia di pentas kepengakapan dunia turut semakin kukuh apabila Kuala Lumpur kini menjadi ibu pejabat Biro Pengakap Sedunia, sekali gus meletakkan negara sebagai pusat jaringan kepengakapan global.

“Perkembangan ini membuka ruang lebih luas kepada pertukaran kepakaran, pengalaman dan perkongsian amalan terbaik bersama komuniti Pengakap antarabangsa,” katanya ketika berucap pada istiadat berkenaan.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Mengulas mengenai penjenamaan semula logo serta pengenalan pakaian seragam baharu Pengakap Malaysia, Mohd Zin berkata, perubahan itu bukan sekadar membabitkan imej organisasi, sebaliknya mencerminkan kesiapsiagaan pergerakan tersebut untuk menggalas aspirasi dan hala tuju baharu yang lebih dinamik.

“Ia melambangkan komitmen Pengakap Malaysia untuk terus berkembang sebagai sebuah organisasi belia yang moden, berwibawa dan mampu memenuhi tuntutan semasa,” katanya.

Istiadat itu turut menyaksikan pengiktirafan di peringkat serantau apabila Ketua Kwartir Daerah Istimewa Yogyakarta, Gusti Kanjeng Ratu Mangkubumi Hamemayu Hayuning Bawono Langgeng ing Mataram dianugerahkan Bintang Semangat Rimba Emas (BSR-E).

Anugerah berprestij itu diberikan sebagai penghargaan atas sumbangan besar beliau dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama kepengakapan di peringkat antarabangsa.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan