Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

BETONG – Kerajaan Sarawak komited untuk terus mempercepat pelaksanaan Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Langkah proaktif itu bertujuan memastikan pemilik tanah memperoleh dokumen hak milik yang sah, selain mengelakkan sebarang isu pencerobohan.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, komitmen itu dibuktikan menerusi program pengukuran yang dimulakan sejak 2010.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang menjelaskan, inisiatif berkenaan dilaksanakan menerusi dua peringkat utama.

Jelasnya, ia bermula dengan pengukuran perimeter dan pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak sebagai Rizab Komunal Bumiputera.

“Ia kemudian diikuti dengan pengukuran lot individu serta pengeluaran Surat Hak Milik di bawah Seksyen 18 kanun yang sama.

“Kerajaan tidak pernah memandang remeh isu NCR. Program ini membuktikan kesungguhan kita dalam menjamin hak tanah rakyat untuk masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi kawasan Kampung Triso Darat, Maludam pada Khamis.

Menurut Len Talif, sehingga 30 Jun lalu, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah mengukur perimeter seluas kira-kira 1.24 juta hektar tanah NCR di seluruh negeri.

Daripada jumlah itu, seluas 967,743 hektar kawasan telah diwartakan secara rasmi sebagai Rizab Komunal Bumiputera.

“Bagi pengukuran lot individu pula, sebanyak 111,488 lot berjaya diukur melibatkan keluasan 133,617 hektar.

“Selain itu, sebanyak 38,620 Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 juga telah dikeluarkan membabitkan keluasan 54,031 hektar,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, seramai 46 penerima daripada komuniti Melayu di Kampung Triso Darat telah menerima surat hak milik masing-masing.

Dalam perkembangan sama, Len Talif turut menepis dakwaan kononnya pewartaan di bawah Seksyen 6 adalah taktik kerajaan untuk merampas tanah rakyat.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas, beliau menegaskan langkah tersebut sebaliknya bertujuan melindungi tanah yang telah diiktiraf serta mewujudkan sempadan yang teratur.

Bagaimanapun, tambahnya, mana-mana kawasan tanah yang sedang dalam pertikaian di mahkamah tidak akan disukat sehingga kes berkenaan diselesaikan sepenuhnya.

Justeru, beliau mengingatkan rakyat agar memelihara tanah warisan yang diibaratkan sebagai aset bernilai itu dan tidak menjualnya demi keuntungan jangka pendek.

Beliau sebaliknya menyarankan agar tanah itu dimanfaatkan untuk aktiviti ekonomi menerusi program pemodenan pertanian di bawah Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD).

o

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram