Tiga wanita buat aksi ‘Superman’ didakwa di Mahkamah Trafik Kuantan

KUANTAN – Seorang wanita dan dua remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret khas Trafik di sini, hari ini atas tuduhan menunggang motosikal secara berbahaya dengan mempamerkan aksi ‘Superman’ di Jalan Pintasan Kuantan, 16 Julai lalu.

Tertuduh, Nur Liana Atirah Roslan, 21, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Wahida Zainal Abidin manakala dua lagi remaja berusia 18 tahun dan 19 tahun mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan secara berasingan itu, lapor Sinar Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tiga gadis yang bekerja sebagai pembantu kedai dan pekerja hotel itu didakwa menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 masing-masing secara berbahaya kepada pengguna jalan raya lain dengan melakukan dua aksi ‘Superman’.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 12.30 tengah malam di Jalan Pintasan Kuantan dari arah Terminal Sentral Kuantan menghala Bukit Rangin di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka dituduh secara berasingan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Mereka turut berdepan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu dalam tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.

Berikutan pengakuan bersalah dua penama bawah umur terbabit, mahkamah menetapkan 26 Ogos depan untuk tarikh sebutan laporan sosial dan akhlak dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM4,000 dan RM5,000 terhadap dua penama berkenaan sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 dan RM3,000 selepas mereka membuat rayuan.

Sementara itu, Nur Liana Atirah yang mengaku tidak bersalah ditawarkan jaminan RM5,000 sebelum dia membuat rayuan minta jumlah itu dikurangkan.

Mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kepada RM3,000 dan turut menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes itu bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Kesemua mereka tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikemukakan Pegawai Pendakwa Inspektor Noraini Mohd Nor.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit