Pulau Banggi perlu diberi keutamaan, jalan berkualiti pemangkin pembangunan luar bandar

KOTA KINABALU – Cadangan pembinaan jalan berturap atau konkrit sepanjang kira-kira 37 kilometer (KM) dari Kampung (Kg) Meliu ke Kg Dogoton di Pulau Banggi yang dianggarkan bernilai lebih RM300 juta wajar diberi perhatian serius oleh Kerajaan Persekutuan.

ADUN Banggi, Datuk Mohamad Mohamarin berkata, langkah itu demi memastikan rakyat di kawasan pulau terbesar negara itu tidak terus ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Cadangan projek yang akan dilaksanakan secara tiga fasa itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan beliau ke Pulau Banggi pada 9 Mei lalu.

“Projek berkenaan amat penting bagi menaik taraf jaringan perhubungan di Pulau Banggi yang ketika ini hanya mempunyai kira-kira 81KM jalan utama, namun hanya 14KM daripadanya berturap dan kini berada dalam keadaan uzur.

“Keadaan jalan yang rosak dan berlubang bukan sahaja menyukarkan pergerakan penduduk, malah turut mengundang risiko kemalangan serta menjejaskan aktiviti ekonomi masyarakat setempat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.

Mohamad berkata, jaringan jalan sedia ada juga belum meliputi kawasan Balambangan, Tanjung Manawali, Pulau Sibogo dan Pulau Tigabu yang turut berada di bawah kawasan DUN Banggi.

Tambahnya, walaupun beberapa projek pembangunan telah diumumkan susulan lawatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri ke Pulau Banggi, kawasan itu masih memerlukan suntikan peruntukan yang lebih besar bagi mengatasi kekurangan kemudahan asas yang berlarutan sejak sekian lama.

Selain projek jalan raya, beliau turut memohon agar Kerajaan mempertimbangkan pembangunan projek tenaga angin berkapasiti antara 15 hingga 50 megawatt bagi memperkukuh bekalan elektrik di Pulau Banggi serta membuka lebih banyak peluang pembangunan ekonomi dan pelaburan.

Tegasnya, pembangunan infrastruktur yang lebih menyeluruh akan meningkatkan kesejahteraan rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi setempat dan merapatkan jurang pembangunan antara kawasan pulau dengan tanah besar Sabah.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram