MBDK sita dan kompaun lima premis warga asing di Andalas

KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap beberapa premis perniagaan yang dikendalikan warga asing di Jalan Sri Sarawak 19, Taman Sri Andalas selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan pelesenan dan penguatkuasaan.

Operasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguat Kuasa MBDK itu melibatkan pemeriksaan ke atas lapan premis perniagaan termasuk kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai makan, kedai jamu dan pasar mini.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa premis beroperasi tanpa lesen sah daripada MBDK, selain melakukan kesalahan menjual tong gas petroleum cecair (LPG) melebihi had yang dibenarkan tanpa lesen serta menghalang laluan awam di kaki lima.

“Susulan pelbagai pelanggaran yang dikesan, MBDK mengambil lima tindakan sitaan dan mengeluarkan lima kompaun mengikut peruntukan undang-undang kecil serta akta yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MBDK, operasi itu berjalan lancar dan terkawal, selain menjadi sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan semua premis perniagaan mematuhi syarat pelesenan serta peraturan yang ditetapkan.

MBDK menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan warga Klang, di samping memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara sah dan teratur.

Related Posts

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15