Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

KOTA KINABALU – Gangguan monyet yang menjejaskan kehidupan penduduk di Balung Kokos dekat Tawau telah mencetuskan cadangan supaya kawasan itu dipertimbangkan sebagai lokasi mini zoo yang mampu menjadi tarikan kepada pelancong yang melalui laluan ke Semporna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Syed Ahmad Syed Abas berkata, penduduk di kawasan penempatan atas laut itu berdepan gangguan berterusan apabila monyet mencabut atap rumah, membongkar kediaman dan merosakkan harta benda.

“Balung Kokos ini tempatnya cantik, di atas laut, sejuk dan indah. Tapi ada satu masalah, monyet.”

“Monyet menghantui kehidupan mereka. Monyet akan cabut atap, bongkar rumah mereka dan rosakkan.” kata semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Isnin

Menurutnya, Jabatan Hidupan Liar perlu mempertimbangkan tindakan menangkap monyet yang mengganggu penduduk bagi mengurangkan masalah berkenaan.

Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya monyet yang ditangkap ditempatkan di sebuah mini zoo di laluan ke Semporna.

“Kalau boleh kita tangkap monyet ini. Kalau boleh kita buat mini-zoo di laluan ke Semporna.”

“Jadi sambil orang pergi Semporna mahu pergi diving, mereka boleh tengok juga mini-zoo. Boleh mendapat jana pendapatan.” kongsinya.

Jelasnya, gangguan haiwan liar itu menyebabkan penduduk sentiasa hidup dalam kebimbangan kerana terpaksa berjaga bagi mengelakkan rumah mereka dirosakkan.

“Kehidupan mereka ini umpama mandi tak kenyang, makan tak lena, tidur tak basah.

“Siang malam mereka berjaga.” ujarnya.

Related Posts

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menasihati rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles