10 pelan tindakan interim dilaksana tangani kesesakan Pelabuhan Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah sedang melaksanakan 10 pelan tindakan interim bagi menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP), termasuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Task Force bagi menyelaras pelaksanaan langkah-langkah tersebut.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, kerajaan memandang serius isu kesesakan di SBCP kerana ia memberi kesan langsung kepada kelancaran rantaian logistik, kos operasi serta harga barangan di Sabah.

“Jawatankuasa Task Force bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan semua pelan tindakan interim yang telah diluluskan Jemaah Menteri, selain memastikan pemantauan berterusan dilakukan bersama agensi berkaitan dan pemain industri.

“Antara 10 langkah yang sedang dilaksanakan ialah penambahan kawasan ‘container yard’, pelaksanaan kadar tarif baharu, penguatkuasaan terhadap kontena yang melebihi tempoh simpanan, pengurangan tempoh penyimpanan percuma ketika musim puncak, penyediaan parkir treler di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) serta pelaksanaan ‘Vehicle Booking System (VBS)’,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Wong Hong Jun (Tanjung Aru) dan Datuk Donald Peter Mojuntin (Moyog) mengenai prestasi operasi DP World Sabah serta langkah kerajaan negeri menangani kesesakan di Pelabuhan Sepanggar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Isnin.

Menurutnya, kerajaan turut melaksanakan operasi 24 jam oleh agensi kerajaan di SBCP, menaik taraf peralatan pelabuhan, memindahkan operasi ‘Roll-on/Roll-off (RORO)’ ke Pelabuhan Kota Kinabalu serta memperkenalkan ‘Berthing Window Programme (BWP)’ bagi meningkatkan kecekapan operasi.

“Kementerian sentiasa komited memantau keberkesanan pelan interim ini dari semasa ke semasa bagi memastikan penyelesaian konkrit dapat dilaksanakan, sekali gus meminimumkan kos kendalian dan mengelakkan kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat.

“Menyentuh prestasi DP World Sabah, usaha sama strategik antara Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB) dan syarikat itu bertujuan meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan serta menjadikan SBCP sebagai hab transhipment dan hab perdagangan utama di rantau BIMP-EAGA dan Intra-ASEAN.

“Bagaimanapun, projek pembesaran SBCP yang sepatutnya siap pada Februari 2025 mengalami kelewatan sehingga diberikan lima kali lanjutan masa (Extension of Time – EOT), manakala DP World Sabah hanya mengambil alih pengurusan pelabuhan pada September 2024 ketika projek berkenaan masih belum disiapkan,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, adalah pramatang untuk menjalankan kajian prestasi atau audit rasmi terhadap pengurusan DP World Sabah bagi menilai pencapaian sasaran menjadikan SBCP sebagai hab ‘transhipment’.

“Pemantauan oleh Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) menunjukkan purata masa menunggu kapal berjaya dikurangkan daripada 66 jam sebelum pengambilalihan kepada hanya 20.24 jam selepas DP World Sabah mengambil alih operasi hasil peningkatan produktiviti dan penggunaan empat ‘quay crane’ secara serentak.

“Namun, kesesakan kembali meningkat apabila kadar penggunaan kawasan penyimpanan kontena mencecah sehingga 101 peratus berikutan pertambahan jumlah kendalian kontena, pengurangan ruang simpanan akibat projek pembesaran serta kerja menaik taraf pintu gerbang terminal,” terangnya.

Tambah Ewon, DP World Sabah turut meningkatkan kapasiti kawasan simpanan kontena sebanyak 41 peratus daripada 6,800 TEUs kepada 9,574 TEUs, namun peningkatan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi Sabah menyebabkan kapasiti tambahan itu masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan semasa.

“Kerajaan kini melaksanakan beberapa langkah tambahan termasuk memanfaatkan kawasan RORO sebagai tapak simpanan kontena kosong, menyiapkan kawasan ‘container yard’ baharu seluas empat ekar menjelang Disember 2026 serta mengambil alih tanah seluas 14 ekar bersebelahan SBCP sebagai kawasan simpanan sementara.

“Mengenai tempoh penyimpanan kontena, beliau berkata purata ‘container dwell time’ meningkat daripada 4.0 hari kepada 5.1 hari sehingga Jun 2026 berikutan peningkatan jumlah pengendalian kontena, kesesakan di pintu terminal serta faktor pelepasan kontena oleh pengimport dan agensi berkaitan.

“Bagaimanapun, kerajaan yakin pelbagai langkah mitigasi yang sedang dilaksanakan akan memperkukuh kelancaran rantaian logistik, meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan dan memastikan ekonomi Sabah terus berkembang,” katanya.

Related Posts

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

KUCHING – Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar menyemak semula kelayakan kenderaan institusi kebajikan di bawah program subsidi bahan api…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026