Tiga beradik curi motosikal ditahan dalam Ops Lejang

SUNGAI PETANI – Kegiatan tiga beradik lelaki mencuri motosikal di kawasan parkir luar stesen kereta api di sini terbongkar apabila mereka ditahan menerusi Ops Lejang, baru-baru ini.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 14, 15, dan 16 tahun itu merupakan antara empat ahli Geng Ventri yang diberkas termasuk seorang pemilik bengkel motosikal berusia awal 20-an.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai kehilangan motosikal sebelum menubuhkan pasukan petugas khas.

Menurutnya, dua beradik berusia 14 dan 15 tahun yang masih bersekolah ditahan ketika menolak dua buah motosikal yang baru dicuri.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan abang mereka berusia 16 tahun serta seorang pemilik bengkel motosikal yang dipercayai terlibat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga beradik itu mengaku menyasarkan motosikal yang tidak dikunci pada bahagian pemegang sebelum ditolak ke bengkel untuk dileraikan dan dijual sebagai alat ganti.

Katanya, polis turut merampas tiga motosikal curi serta pelbagai komponen motosikal yang telah dileraikan di bengkel berkenaan. Semakan mendapati semua suspek tiada rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Dalam perkembangan sama, Hanyan berkata, polis turut menumpaskan Geng RXZ dengan penahanan tiga lelaki berusia 25 hingga 27 tahun secara berasingan di Padang Serai minggu lalu.

Katanya, polis merampas dua motosikal Yamaha RXZ, dua enjin motosikal Yamaha RXZ dan Honda EX5, empat kulit enjin Yamaha RXZ, empat rangka motosikal pelbagai jenama serta dua mesin pemotong dengan nilai keseluruhan RM50,000.

“Sindiket itu mahir mencuri motosikal Yamaha RXZ sebelum meleraikannya di sebuah bengkel untuk dijadikan alat ganti. Semua suspek didapati positif dadah dan mempunyai rekod jenayah serta dadah,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek termasuk tiga beradik itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tambahnya, dalam Ops Lejang sama, polis turut merampas sepucuk pistol tiruan bersama magazin, sembilan bebola besi (ball bearing), sebilah kerambit dan 0.56 gram syabu selepas menyerbu sebuah rumah di Sidam Kiri.

Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah dan sembilan rekod dadah direman untuk siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit