Dua individu dicekup kes samun cederakan mangsa

KUCHING – Tindakan pantas polis berjaya menahan dua individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes samun dan mencederakan mangsa di Jalan Canna.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 25 tahun itu diberkas di sekitar Jalan Satok pada jam 1.05 pagi.

Menurutnya, tangkapan tersebut dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bersama D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Kejadian samun yang mendatangkan kecederaan di kawasan Jalan Canna itu dilaporkan berlaku pada 18 Julai lalu.

“Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek adalah negatif dadah.

“Bagaimanapun, semakan rekod jenayah mendapati suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau iaitu dengan sengaja mendatangkan cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan kesemua suspek kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan lanjut.

Tegas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun yang mendatangkan kecederaan.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian digesa untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuching di talian 082-244444 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

  • Related Posts

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

    KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

    Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

    Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

    Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

    Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

    Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

    Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

    Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

    Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

    PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

    PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar