Jalan kaki 1,600km bukan sia-sia, pejuang tuntut keadilan pekerja SFI

SIPITANG – Seramai 20 penghuni Sabah Forest Industries (SFI) Sdn Bhd akan memulakan misi berjalan kaki sejauh kira-kira 1,600 kilometer sebagai simbol perjuangan menuntut keadilan bagi pekerja SFI yang terjejas.

Wakil penghuni, Jeffridin Daudi, 54, berkata, program dikenali sebagai ‘Jalan Kaki Pusing Sabah’ itu akan dilaksanakan pada 10 Oktober ini dan dijangka bermula serta berakhir di Sipitang.

“Ia melibatkan laluan merentasi beberapa daerah utama termasuk Beaufort, Keningau, Ranau, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Semporna.

“Inisiatif ini digerakkan bagi membawa suara 986 keluarga pekerja yang masih berdepan pelbagai kesukaran, termasuk isu gaji tertunggak, ketiadaan bekalan asas serta ancaman kehilangan tempat tinggal,”katanya ketika dihubungi, pada Ahad.

Menurut Jeffridin, perjalanan itu bukan sekadar aktiviti simbolik, sebaliknya satu bentuk harapan berterusan agar nasib penghuni SFI terbela.

“Antara tuntutan utama yang dibawa ialah pembayaran gaji tertunggak selama lima bulan, pampasan sebanyak RM130 juta kepada 986 keluarga terlibat, penyambungan semula bekalan elektrik dan air serta menghentikan pengusiran dari perumahan pekerja SFI.

“Selain itu, kami juga memohon agar kawasan perumahan tersebut digazetkan sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangan pekerja selama ini,” ujarnya.

Dengan slogan ‘Satu langkah, satu suara, satu perubahan’ sebagai simbol kekuatan kolektif dalam menuntut keadilan, Jeffridin menegaskan bahawa mereka tidak mengharapkan simpati, sebaliknya menuntut hak yang sewajarnya sebagai pekerja.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit