KWAP perjelas pelaburan eFishery, tegaskan dana kekal kukuh walaupun rugi RM163.4 juta


KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menjelaskan bahawa jumlah pelaburannya dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, adalah sebanyak RM163.4 juta dan bukan RM200 juta seperti dilaporkan sebelum ini.

Dalam kenyataan hari ini, KWAP memaklumkan pelaburan itu mewakili kira-kira 2.51 peratus daripada keseluruhan pegangan saham eFishery, dengan dana persaraan itu hanya bertindak sebagai pemegang saham minoriti.

Manakala katanya, majoriti saham dimiliki pelabur lain termasuk institusi pelaburan global yang turut terkesan.

“Kes eFishery secara keseluruhannya melibatkan manipulasi kewangan yang disengajakan serta penyelewengan fakta dalam laporan kewangan syarikat tersebut.

“Pada 29 April 2026, pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery, Gibran Huzaifah, telah dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun oleh Mahkamah Negeri Bandung selepas disabitkan kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan pendedahan salah laku itu, KWAP berkata, pihaknya telah menjalankan semakan dalaman secara menyeluruh terhadap proses pelaburan, mekanisme pemantauan pascapelaburan serta maklumat yang diterima sepanjang tempoh pelaburan dibuat.

“Langkah susulan yang sewajarnya telah diambil selaras dengan tadbir urus dalaman dan kerangka akauntabiliti KWAP. Pada masa sama, kami terus meneroka semua saluran yang bersesuaian bagi memaksimumkan usaha mendapatkan semula nilai pelaburan,” katanya.

KWAP turut memaklumkan bahawa pendekatan pelaburan pasaran swastanya kini diperkukuh menerusi strategi kepelbagaian portfolio yang lebih meluas, kerjasama dengan pengurus dana berpengalaman dan rakan strategik.

“Selain meningkatkan pemantauan pascapelaburan serta pengawasan terhadap sebarang perkembangan material melibatkan syarikat portfolio,” ujarnya.

Dalam pada itu, KWAP menegaskan kedudukan kewangannya kekal kukuh dengan portfolio pelaburan yang pelbagai merangkumi pelbagai kelas aset, sektor dan geografi.

Berdasarkan keputusan kewangan belum diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2025, KWAP merekodkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM8.33 bilion, manakala jumlah dana di bawah pengurusannya meningkat kepada RM195.26 bilion.

KWAP menegaskan komitmennya untuk terus menguruskan dana secara berhemat, telus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan mandat berkanunnya bagi membantu kerajaan memenuhi obligasi pembayaran pencen kepada pesara sektor awam.

Related Posts

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok