Aminuddin berdepan saingan tiga penjuru di DUN Linggi

PORT DICKSON – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun disaingi dua lagi calon bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Aminuddin yang juga Menteri Besar dicabar penyandang Datuk Mohd. Faizal Ramli dari Barisan Nasional (BN) dan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zamri Md.Yunus

Perkara tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRN, Nurhazelin Makli di Pusat Penamaan Calon Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Sementara itu, di DUN Bagan Pinang, penyandang kerusi tersebut dari Perikatan Nasional (PN), Abd. Fatah Zakaria bakal disaingi calon Bersatu, Sheikh Junaidy Jamaludin dan Nasir Rahman dari PN.

Di DUN Sri Tanjung pula menyaksikan pertembungan lima penjuru iaitu dengan penyandangnya, Dr. G. Rajasekaran dari PH yang disaingi calon BN, A. Achutan; M. Leevinesh (Bersatu); Datuk A. Saravanan (Bebas) dan Islah Wahyudi Zainudin (Bebas)

Di Chuah pula, penyandangnya, Yeq Boon Lye hanya disaingi oleh calon BN iaitu, Pau Jeou Ching.

Sementara itu bagi DUN Lukut, Choo Ken Hwa dari PH yang menyandang kerusi itu akan disaingi oleh N. Sathes Kumar dari PN dan calon Bebas, Teo Seng Lee.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan