Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

NILAI – Warga pendidik dan pelajar harus terbuka menjadi golongan yang bersedia menerima perubahan serta memainkan peranan dalam membina masa depan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cabaran terbesar dalam usaha melakukan reformasi negara bukan berpunca daripada kekurangan teknologi atau kepakaran, sebaliknya keengganan segelintir pihak menerima perubahan.

Menurut beliau, ia termasuk dalam kalangan golongan elit yang terus mempertahankan budaya rasuah dan kelemahan sistem.

“Pengalaman mentadbir kerajaan selama lebih tiga setengah tahun membuktikan usaha membetulkan sistem dan membanteras rasuah sering menerima tentangan daripada mereka yang sudah selesa dengan amalan lama.

“Ramai yang tidak senang apabila kita hendak membetulkan sistem. Tetapi sistem tidak pernah sempurna, ia mesti sentiasa diperbaiki. Itulah tuntutan agama, budaya dan tamadun.

“Apabila kita hendak membetulkan sistem dan budaya rasuah yang dianggap biasa, di situlah muncul keengganan untuk berubah,” katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar dan Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik di Bandar Enstek, pada Jumaat.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengarah IPGKPT, Dr Kartini Abdul Mutalib.

Mengulaa lanjut, Perdana Menteri berkata, dalam teori perubahan, masyarakat lazimnya terbahagi kepada dua kelompok iaitu mereka yang mempunyai kecenderungan melakukan pembaharuan dan mereka yang menolak perubahan.

“Tanggapan bahawa hanya masyarakat luar bandar atau kurang berpendidikan yang sukar menerima perubahan tidak semestinya tepat kerana golongan berpendidikan tinggi, intelektual dan pemegang kuasa juga boleh menunjukkan sikap yang sama.

“Kumpulan pertama sentiasa mahu memperbaiki diri. Kalau sudah baik, dia mahu jadi lebih baik… tetapi ada satu lagi kelompok yang enggan berubah, kolot, jumud dan melihat setiap perubahan sebagai ancaman,” katanya.

Sementara itu, pada sesi soal jawab dengan pelajar berhubung cadangan bantuan mengurangkan harga tiket penerbangan pelajar Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Anwar memberi jaminan isu berkenaan akan diteliti dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sangat prihatin terhadap isu ini dan beliau antara yang memulakan pelbagai inisiatif bantuan khas kepada pelajar.

“Kita sedang meneliti beberapa pendekatan, antaranya penggunaan tambang khas untuk pelajar, menggalakkan tempahan awal serta kaedah block booking bagi mendapatkan harga tiket yang lebih rendah.

“Saya nak janji yang lebih daripada itu pun setakat ini kita sukar tetapi saya akan membawa cadangan ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat,” katanya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar