Mahasiswa UiTM dalam perjalanan ke tempat praktikal maut dirempuh

TAWAU – Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sedang menjalani latihan praktikal maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Tawau–Bombalai, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 8.30 pagi, manakala siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar pukul 7.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda yang merupakan seorang penjawat awam wanita berumur 32 tahun sedang dalam perjalanan dari Sungai Imam menuju ke Klinik Kesihatan Felda Umas.

“Mangsa berumur 24 tahun sedang dalam perjalanan dari Merotai menuju ke Pejabat Pendidikan Daerah Tawau bagi menjalani latihan praktikal,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu pacuan empat roda dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, pacuan empat roda terbabas ke bahu jalan sebelum memasuki parit dan terbalik dengan bahagian bawah kenderaan menghadap ke atas.

“Mangsa bersama motosikalnya tercampak kira-kira lima meter ke bahu jalan menghala ke bandar Tawau dan ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan semak berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Wilynton, pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan mengalami kecederaan patah pada bahu dan tangan kanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak