Kebakaran terbuka meningkat, JBPM Sarawak pertingkat kesiapsiagaan hadapi cuaca panas

KUCHING – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak mempertingkat kesiapsiagaan anggota, aset darat dan udara bagi menghadapi ancaman cuaca panas susulan fenomena Super El Nino yang sedang melanda negara.

Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Jamri Masran berkata, pihaknya telah menyusun gerak kerja serta mengatur pergerakan logistik secara menyeluruh bagi memastikan setiap operasi dapat dilaksanakan dengan pantas, khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku kebakaran terbuka.

Menurutnya, tumpuan utama diberikan kepada pengukuhan sumber manusia dan aset operasi bagi membendung peningkatan kes kebakaran terbuka yang lazimnya meningkat ketika musim panas.

“Aset darat dan udara telah ditempatkan secara strategik di lokasi hotspot serta kawasan baharu yang dikenal pasti berisiko tinggi bagi memastikan tindakan segera dapat diambil sekiranya berlaku kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, berdasarkan analisis dan pemantauan bermula 1 Julai lalu, berlaku peningkatan ketara kes kebakaran terbuka dalam tempoh tiga hari iaitu pada 10, 11 dan 12 Julai.

Katanya, Bahagian Kuching dan Miri merekodkan jumlah kes kebakaran terbuka tertinggi berbanding bahagian lain di Sarawak.

“Walaupun keadaan masih terkawal dan berada pada tahap stabil, JBPM bimbang jumlah kes akan terus meningkat sekiranya tiada kerjasama daripada masyarakat untuk menghentikan aktiviti pembakaran terbuka ketika cuaca panas.

“Keadaan ini bukan sahaja boleh mencetuskan kebakaran yang lebih besar, malah berpotensi menjejaskan kesihatan awam serta aktiviti harian penduduk akibat pencemaran asap,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka sepanjang tempoh cuaca panas dan kering yang sedang berlaku.

Dalam pada itu, JBPM Sarawak akan terus bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Natural Resources and Environment Board (NREB) bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap individu atau syarikat yang melakukan pembakaran terbuka sehingga menjejaskan alam sekitar.

Sementara itu, beliau memaklumkan kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Taman Negara Niah pada Isnin selepas kawasan berkenaan dipercayai disambar petir sehingga menyebabkan pokok-pokok di puncak bukit batu kapur terbakar.

Menurutnya, susulan kejadian itu, JBPM telah mendapatkan bantuan Unit Udara Bomba yang berpangkalan di Miri bagi menjalankan operasi pemadaman menggunakan kaedah water bombing dari udara bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam