SPR yakin peratusan keluar mengundi PRN Johor mampu cecah 70 peratus

PONTIAN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kadar keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok, mampu mencapai sekitar 70 peratus berdasarkan sambutan memberangsangkan sepanjang tempoh berkempen.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, perkembangan itu mencerminkan minat yang semakin tinggi dalam kalangan rakyat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Kita melihat ada kecenderungan, minat mengundi pada kali ini agak tinggi, dengan kempen-kempen yang berterusan SPR menjangkakan turnout boleh mencapai kira-kira 70 peratus,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses semakan peti undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian dan Dewan Serbaguna Permas, Kukup, di sini, hari ini.

Beliau berkata, peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan proses demokrasi turut menyumbang kepada jangkaan kadar keluar mengundi yang lebih tinggi pada pilihan raya kali ini.

“Saya rasa (terdapat) keseronokan yang tinggi dalam kalangan rakyat sejak akhir-akhir ini (dan) minat untuk turut terlibat dalam proses ini,” katanya.

Ramlan berkata, seramai kira-kira 2.7 juta pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN Johor yang membabitkan 1,076 pusat mengundi serta 4,889 saluran di seluruh negeri.

Beliau berkata, proses pengundian akan bermula pada jam 8 pagi, manakala waktu penutupan pusat mengundi adalah berbeza mengikut lokasi dengan kebanyakannya berakhir pada jam 6 petang.

“Ada yang ditutup pada 11 pagi, iaitu paling awal di Pulau Besar, kira-kira setengah jam dari Mersing. Pada 12 tengah hari, kita ada dua tempat, iaitu di Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.

“Terdapat 17 pusat mengundi yang ditutup pada 2 petang, sebanyak 42 pusat ditutup pada 4 petang dan 1,114 pusat ditutup pada 6 petang,” katanya.

Beliau berkata, SPR menggerakkan 43,036 petugas bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar, selain mengeluarkan 24,677 kertas undi pos yang perlu diterima semula sebelum jam 6 petang, esok.

Pada masa sama, katanya, segala persiapan logistik termasuk penghantaran peti undi dari kawasan pulau sudah disusun rapi menerusi pelan kontingensi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan kelancaran proses pengundian walaupun berdepan sebarang kemungkinan.

  • Related Posts

    Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

    CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    ‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

    PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

    Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

    PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

    • By Aden
    • September 9, 2026
    PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

    Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

    Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

    Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

    Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

    Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

    Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

    Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

    • By Ezmie
    • September 9, 2026
    Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan