Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

MIRI – Bandar raya ini terus mengukuhkan posisinya di persada antarabangsa apabila menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa Mengenai Pelancongan dan Hospitaliti Bertanggungjawab (ICRTH) Ke-6.

Platform berprestij itu bertujuan memperkukuh kerjasama antara kerajaan, ahli akademik, pemain industri, serta komuniti dalam mempromosikan pembangunan pelancongan yang inklusif dan mampan.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, penganjuran persidangan tersebut membuktikan pengiktirafan dunia terhadap potensi wilayah itu sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan warisan semula jadi dan kepelbagaian budaya.

“Persidangan ini bukan sekadar menjadi platform akademik, malah menghimpunkan pelbagai pihak bagi bertukar pandangan serta memperkukuh usaha memajukan pelancongan bertanggungjawab di seluruh dunia,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian ICRTH 2026 pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut menjelaskan, Miri memiliki keunikan tersendiri dengan kira-kira 30 kumpulan etnik yang hidup dalam suasana harmoni.

Adam Yii berkata, kepelbagaian itu membolehkan pelawat menikmati keindahan hutan hujan tropika, gua batu kapur, terumbu karang, serta budaya masyarakat pribumi dalam jarak perjalanan yang singkat.

“Pelancongan kini menjadi pemacu utama ekonomi tempatan melalui penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan perusahaan kecil.

“Namun, pertumbuhan sektor ini perlu diseimbangkan dengan usaha memelihara alam sekitar dan melindungi warisan budaya tempatan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bangga kerana Miri berfungsi sebagai pintu masuk utama ke khazanah alam bertaraf dunia termasuk Taman Negara Niah yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Menurutnya, pencapaian itu, bersama-sama Taman Negara Gunung Mulu, membuktikan pemuliharaan dan pelancongan mampu bergerak seiring tanpa menjejaskan khazanah semula jadi untuk generasi masa depan.

Para delegasi turut digalakkan untuk mengambil peluang meneroka pasar tempatan, menikmati makanan laut, dan menyokong perusahaan komuniti sepanjang berada di bandar raya tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sarawak Research Society, Curtin University Malaysia, serta rakan strategik lain atas kejayaan penganjuran ICRTH 2026.

Related Posts

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi menjadi hab tenaga hijau serantau menerusi pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di bawah agenda Blue Economy, sekali gus menyokong hala tuju pembangunan jangka panjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memperkukuh agenda reformasi pentadbiran dengan mempercepat proses kerja, mengurangkan kerenah birokrasi serta memperkukuh kerjasama strategik bersama Kerajaan Persekutuan. Usaha tersebut bagi memastikan pelaksanaan projek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas