‘Mana ku cari ganti begini’, Anwar hargai sokongan rakyat di Batu Pahat

BATU PAHAT – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terharu apabila ratusan penduduk sanggup berpanas menunggu ketibaannya di Kedai Kopi Hailam, Sri Medan, pada Ahad.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, komitmen itu sekali gus menyifatkan sambutan itu sebagai bukti semangat rakyat yang terus memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya.

“Kesanggupan orang ramai menunggu walaupun cuaca panas menyentuh hati saya dan ini menggambarkan hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat.

“Tengah panas tunggu saya, tengah panas ambil gambar. ‘Mana ku cari ganti begini’,” katanya ketika berucap dalam program sembang santai yang disambut sorakan dan tepukan oleh penyokong dan orang ramai.

Dalam ucapan sama, Anwar turut merayu pengundi supaya terus memberi peluang kepada PH mentadbir Kerajaan Negeri Johor bagi memastikan Johor lebih berintergriti dan bersih.

“Bagilah peluang, cukuplah bagi org dah lama. Bagi kita, angkat Anwar curi projek, mainlah (sentimen itu).

“Saya tak ambil tapi saya miskin tak alhamdulillah org lain semua layan saya dengan baik, pergi mana mana orang jamu makanan dekat saya,” katanya.

Memasuki hari kedua siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Anwar pada Ahad meluangkan masa menyantuni masyarakat setempat dalam program ‘PMX Santai Sarapan’ di Senggarang.

Ketibaan Perdana Menteri kira-kira 9.40 pagi di Kedai Kopi Hailam Sri Medan disambut dengan sorakan penuh semangat oleh ribuan penyokong serta jentera PH, yang mula membanjiri pekarangan premis berkenaan seawal 8 pagi.

Suasana di sekitar premis berkenaan seolah-olah bertukar menjadi ‘gelombang merah’ apabila majoriti pengunjung mengenakan pakaian berwarna merah sebagai manifestasi sokongan terhadap gabungan itu, sekali gus menyemarakkan lagi bahang kempen di kawasan berkenaan.

Kehadiran penduduk daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang kaum yang berkumpul bersama pemimpin nombor satu negara itu jelas mencerminkan keharmonian serta semangat perpaduan masyarakat setempat.

Dalam suasana yang cukup santai dan mesra itu, Anwar meluangkan masa hampir sejam untuk bersarapan dan beramah mesra, selain tidak melepaskan peluang melayani permintaan orang ramai untuk berswafoto.

Sesi itu memberikan ruang kepada penduduk tempatan untuk berinteraksi secara dekat dan menyatakan aspirasi mereka kepada Perdana Menteri sebelum beliau meneruskan jadual kempen ke lokasi seterusnya.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

JOHOR BAHRU – Seorang penduduk di sini menyifatkan pengalaman tidak menerima bantuan daripada parti MIC ketika rumahnya dilanda banjir suatu ketika dahulu menjadi antara faktor yang mendorong beliau beralih memberikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan