Kompleks PKNS Shah Alam kembali beroperasi, kebakaran dipercayai berpunca panel ACPU

SHAH ALAM Kompleks PKNS Shah Alam kembali beroperasi seperti biasa semalam selepas semua prosedur keselamatan dipatuhi susulan insiden kebakaran yang berlaku di premis itu pada petang kelmarin.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memaklumkan, pihaknya telah mengambil tindakan segera mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan pengunjung, penyewa dan kakitangan sentiasa terjamin.

Menurut PKNS, pemeriksaan awal oleh pasukan pengurusan fasiliti mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada panel Unit Pakej Penyejuk Udara (ACPU) yang terletak di dalam bilik Unit Pengendalian Udara (AHU) di tingkat satu bangunan berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan bekalan elektrik dan sistem penyaman udara di kawasan terlibat dihentikan sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

“Susulan insiden tersebut, pihak pengurusan kompleks turut mengaktifkan prosedur kecemasan dengan mengarahkan pengosongan bangunan di Fasa 1 melalui sistem siar raya,” menurut kenyataan itu.

PKNS turut memaklumkan bahawa pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh singkat, sekali gus mengelakkan api daripada merebak ke bahagian lain bangunan.

Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan hanya akan disahkan oleh JBPM selepas siasatan lengkap dijalankan.

Sebelum itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar mengesahkan kebakaran di Kompleks PKNS Shah Alam berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Related Posts

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

SANDAKAN – Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di Tian Sia, di sini pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak masalah pekebun kecil – Anwar

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat