Anak rentung dalam tandas, ibu parah melecur dalam kebakaran

SERIAN – Seorang wanita ditemukan rentung manakala ibunya mengalami melecur tahap dua selepas kediaman mereka musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Tubih Batu Raung, Jalan Tebedu pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mayat Nurul Farhana Amerudin, 37, ditemui di dalam ruangan tandas rumah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ibu mangsa, Sharifah Bok Wan Muhsin, 65, pula dilaporkan mengalami kecederaan melecur 38 peratus di bahagian muka, leher, belakang badan, tangan serta tapak kaki.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis struktur kekal satu tingkat berkeluasan 48×70 kaki persegi yang telah musnah 100 peratus.

“Mangsa wanita warga emas yang cedera dihantar oleh penduduk kampung ke Hospital Serian bagi mendapatkan rawatan kecemasan sebelum jentera bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Menurut beliau, pihaknya menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dengan bantuan BBP Siburan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.29 tengah malam.

“Mayat mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut selepas disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Dalam pada itu, punca sebenar insiden serta anggaran jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan unit forensik kebakaran JBPM.

Related Posts

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

LIMBANG – Pendekatan turun padang menerusi Karnival Mini Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Hari Kerjaya 2026 memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes liwat dan cabul membabitkan dua pelajar lelaki sebuah kolej di Glenmarie, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi

Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi