Lebih banyak balai bomba perlu dibina di Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat agar lebih banyak balai bomba dibina di negeri ini bagi memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan menghadapi kecemasan serta mempercepatkan penyampaian bantuan kepada rakyat.

Baginda bertitah, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Lembing sebagai BBP ke-29 di Pahang membantu memperkukuh penyampaian perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan di negeri ini, khususnya kepada penduduk di Sungai Lembing serta kawasan-kawasan sekitarnya.

Baginda berharap jumlah balai bomba di negeri ini akan terus dipertingkatkan pada masa hadapan.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian BBP Sungai Lembing di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad.

Selain tujuh projek pembangunan fasiliti kebombaan sedang dilaksanakan di negeri ini termasuk BBP Gohtong Jaya, BBP Benta dan BBP Pulau Tioman.

Baginda turut mencadangkan penubuhan pasukan bomba sukarela (PBS) di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut.

“Kampung Bantal sebuah perkampungan yang sangat jauh di pedalaman dan sukar menerima bantuan kecemasan dengan cepat, sekali gus memerlukan penubuhan PBS bagi meningkatkan tahap keselamatan penduduk di sana.

“Kampung Bantal cukup dekat di hati saya kerana ia adalah Kampung Diraja. Kawasan itu terlalu jauh ke dalam dan sukar mendapat khidmat bomba,” titah Al-Sultan Abdullah.

Related Posts

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

JERANTUT – Projek pembinaan semula bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Kota Gelanggi 1, di sini, berjaya disiapkan 310 hari lebih awal daripada jadual asal. Ia sekali gus membolehkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

BERA – Penggunaan dron berpotensi meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan di negara ini susulan hasil kajian mendapati teknologi itu mampu menjimatkan masa. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Ir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus