Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

KOTA TINGGI – Memperkasa akses kepada pendidikan berkualiti serta menyediakan kemudahan awam lebih baik di kawasan bandar, luar bandar dan FELDA antara fokus calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim.

Beliau memaklumkan, pihaknya juga menawarkan perubahan di kawasan itu dengan kepimpinan muda, idea progresif dan politik khidmat yang berpaksikan kebajikan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026.

“DUN Pasir Raja tidak boleh terus ketinggalan berbanding daerah lain di Johor dan memerlukan nafas baharu untuk bergerak ke hadapan.

“Status quo yang lama tidak boleh kita biarkan terus membelenggu masa depan kita kerana Pasir Raja tidak boleh lagi sekadar menjadi penonton kepada kemajuan daerah-daerah lain di Johor,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Mengulas lanjut, Fakharuddin berkata, pihaknya komited untuk membawa suara anak muda ke peringkat lebih tinggi serta memperjuangkan pembangunan seimbang bagi merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat luar bandar dan bandar.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Johor berpandangan, kepimpinan muda perlu diberi peluang memandangkan lebih separuh daripada pengundi di Pasir Raja terdiri daripada golongan muda.

“Saya percaya sudah tiba masanya kepimpinan muda diangkat demi membawa tenaga baharu serta idea segar lebih progresif. Apatah lagi, statistik menunjukkan lebih separuh, atau lebih spesifiknya 54 peratus daripada keseluruhan pengundi di sini adalah pengundi muda.

“Menjadi tekad utama saya untuk membawa suara anak muda ke peringkat tertinggi, memperjuangkan ekonomi saksama bagi merapatkan jurang pendapatan luar bandar, serta mengamalkan politik khidmat yang berpaksikan kebajikan rakyat seluruhnya,” katanya.

Dalam pada itu, Fakharuddin menyeru pengundi Pasir Raja, termasuk mereka yang berada di luar kawasan, supaya pulang menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian bagi menentukan masa depan kawasan itu.

“Masa depan Pasir Raja tidak ditentukan oleh nama besar atau pengaruh lama, tetapi ditentukan oleh keberanian kita semua di kertas undi nanti,” katanya.

Fakharuddin akan menghadapi saingan tiga penjuru yang akan menentang Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba mewakili Barisan Nasional (BN), Yuhanita Yunan sebagai calon Pas.

Pada PRN Johor 2022, kerusi Pasir Raja dimenangi calon BN, Rashidah Ismail, yang memperoleh 9,381 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Intan Jawahir (4,493 undi); calon PH, Mohd Fakharuddin Moslim (1,976 undi); serta calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mohd Yusri Yusof (265 undi).

Rashidah menang dengan majoriti 4,888 undi daripada keseluruhan 28,045 pengundi berdaftar, manakala peratusan keluar mengundi direkodkan sebanyak 57.5 peratus.

Related Posts

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

BATU PAHAT –  Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Felicia Poh Rui Ling menyifatkan sambutan pengundi sepanjang hari keempat kempen amat memberangsangkan. Beliau berkata, perkembangan positif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas mencatur kuasa di Johor, punca ketidakstabilan politik akan berlaku

KENYATAAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa matlamat Pas dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 (PRN Johor) adalah untuk memastikan Johor diterajui oleh orang Melayu Islam menunjukkan parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM