Kekurangan 90,000 pegawai marin dunia buka peluang besar kepada anak Sabah

KOTA KINABALU – Kekurangan kira-kira 90,000 pegawai dan jurutera marin di seluruh dunia membuka peluang besar kepada generasi muda Sabah untuk menceburi industri maritim yang semakin memerlukan tenaga kerja mahir.

Presiden Pertubuhan Pelaut Sabah (SEAS), Douglas Choong Pin Aun berkata, keadaan itu memberi ruang kepada anak-anak Sabah untuk mengisi kekosongan dalam sektor yang menjadi tunjang kepada lebih 90 peratus perdagangan dunia.

Menurutnya, aspirasi SEAS adalah untuk melihat pelaut Sabah mendapat permintaan tinggi di peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Aspirasi ini bukan sesuatu yang mustahil. Sebagai contoh, pelaut dari Filipina mendapat permintaan tinggi daripada syarikat perkapalan antarabangsa kerana mereka mempunyai jumlah pelaut yang ramai.

“Namun jumlah itu masih belum mencukupi untuk menampung keperluan industri maritim ketika ini sebab itu saya percaya anak-anak Sabah juga mempunyai peluang dan potensi yang sama,” katanya ketika berucap pada Program Aspirasi Kerjaya Pelaut Sabah 2026 di sini, pada Khamis.

Douglas berkata, dengan sokongan kerajaan, industri dan institusi pendidikan, lebih ramai jurutera serta pegawai marin dari Sabah mampu dilahirkan untuk bersaing di peringkat global.

Jelasnya, kejayaan program berkenaan membuktikan pembangunan sektor maritim memerlukan kerjasama erat antara kerajaan, industri, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Melalui kerjasama ini, lebih banyak peluang dapat diwujudkan untuk generasi muda Sabah,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut berkongsi perjalanan hidupnya sebagai inspirasi kepada para pelajar yang hadir.

Katanya, beliau kehilangan ayah ketika berusia tiga tahun dan membesar dalam keluarga sederhana sebelum mengambil peluang melanjutkan pengajian di Akademi Laut Malaysia.

“Daripada seorang kadet, saya menjadi pegawai kapal dan terus bekerja sehingga berjaya memperoleh kelayakan Master Marina Kelas 1 serta ijazah Sarjana Sains Nautika.

“Hari ini, kerana saya mengambil peluang tersebut, saya memimpin syarikat maritim sendiri dan berkhidmat sebagai Presiden Pertubuhan Pelaut Sabah,” kongsinya.

Sehubungan itu, beliau menggesa golongan muda agar tidak takut mencuba serta berani merebut peluang yang ada kerana kejayaan tidak semestinya bermula dengan kelebihan, sebaliknya keberanian untuk mengambil peluang.

Douglas turut menegaskan bahawa SEAS akan terus melaksanakan program seumpama itu di seluruh Sabah bagi memperluaskan pendedahan kerjaya maritim kepada generasi muda.

“Kami percaya masa depan maritim Sabah tidak terletak pada kapal semata-mata, tetapi pada insan yang mengendalikan kapal tersebut dan insan-insan itu mungkin berada di dalam dewan ini pada hari ini,” ujarnya.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL), Kementerian Pembangunan Perindustrian, Perusahaan dan Pengangkutan (MINDET), MISC Berhad serta Orkim Berhad.

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion