Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.

Ini menunjukkan keberkesanan tadbir urus di bawah pimpinan PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sesuatu yang mustahil dicapai jika PMX tidak mempunyai kebolehan tatakelola luar biasa.

Lihat sahaja trajektori luar biasa ini, daripada tangga ke-34 (2024), ke tangga ke-23 (2025), dan kini gah di tangga ke-15 dunia (2026).

Hanya dalam tempoh singkat, negara ini di angkat ke sebuah persada yang membuka mata warga dunia di pentas antabangsa. Hebat!

​Sebenarnya, ini adalah kejayaan secara kolektif, yakni pencapaian bersama seluruh rakyat dan sektor ekonomi. Ianya sepatutnya menjadi satu suntikan National Pride yang menyatukan kita tanpa mengira fahaman politik sempit. Ini negara kita bersama, kan?

Jadi, apa yang memacu lonjakan ini?

Sebenarnya, pertumbuhan ini dipacu secara seimbang oleh pelbagai sektor utama. Antaranya ialah:

I. ​Sektor Perkhidmatan: Berkembang 5.4%
II. ​Sektor Pembuatan: Meningkat 4.5%
III. ​Sektor Pembinaan: Mencatat pertumbuhan dua digit.
IV. ​GNI Per Kapita: Meningkat kepada RM57,200 (berbanding RM54,870 tahun sebelumnya).

​Akhir kalam, janganlah sesekali menafikan asas ekonomi yang semakin kukuh.

Ketika negara luar berdepan tekanan ekonomi yang luar biasa, kita sepatutnya bersyukur Malaysia sedang memecut laju hingga dicemburui negara jiran.

Tak percaya? Tanyalah kepada rakyat Indonesia, Thailand atau negara-negara jiran di sekeliling kita.

Jika hendak mengkritik, kritiklah dengan matang, bersandarkan data, dan didorong rasa cinta kepada tanah air. Bukan cacian apatah lagi fitnah membuta tuli.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)


Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok