Anwar umum calon PH PRN Johor di Bukit Gambir esok

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri majlis pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Bukit Gambir, Tangkak, pada esok

Anwar berkata, beliau akan bersama pimpinan PH bagi mengumumkan calon-calon yang akan menggalas amanah rakyat pada pilihan raya negeri berkenaan.

“InsyaAllah, saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16.

“Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Ahad.

Beliau yang juga Perdana Menteri turut mengajak orang ramai hadir ke majlis berkenaan, yang disifatkannya sebagai langkah awal menuju kemenangan.

“Ayuh bersama-sama hadir dan memulakan langkah menuju kemenangan,” katanya.

Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke-16 itu dijadual berlangsung pada 8 malam di Padang Bukit Gambir Extreme Park, Tangkak.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor, dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 7 Julai.

Related Posts

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

KEDUDUKAN UMNO dalam kerajaan Pulau Pinang bakal dibincangkan semula hujung minggu ini, selepas hubungan antara parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) negeri semakin tegang susulan beberapa kenyataan pada Perhimpunan Agung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas perlu fikir beban isu UMNO jika mahu bentuk gabungan baharu – Tajuddin

PAS perlu mempertimbangkan kesan terhadap imejnya sekiranya memilih untuk membentuk gabungan baharu bersama UMNO, terutama apabila parti itu mungkin turut berdepan isu dan kontroversi yang dikaitkan dengan UMNO, kata Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia