Terima dengan hati terbuka calon PH PRN Johor

KOTA ISKANDAR – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh jentera dan pimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya menerima dengan hati terbuka calon-calon yang bakal diumumkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya AMANAH Johor Zon Selatan yang berlangsung di Dewan KPIP, Taman Universiti, Skudai, semalam.

Menurut Mohamad Sabu, pilihan raya bukan sekadar medan untuk menentukan kemenangan atau kekalahan sesebuah parti, sebaliknya merupakan tanggungjawab besar dalam memastikan kestabilan politik terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri Johor.

“Kita akan menghadapi PRN Johor sebagai satu pasukan yang mantap di bawah panji Pakatan Harapan.

“Setiap parti dalam gabungan perlu bekerja keras bukan sahaja untuk memenangkan parti sendiri, malah membantu kemenangan rakan-rakan dalam PH,” katanya.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Bang Mat turut mengingatkan bahawa semangat setiakawan dan kerja berpasukan perlu menjadi keutamaan dalam sebuah gabungan politik yang berhasrat menawarkan pentadbiran terbaik kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak dalam Pakatan Harapan supaya menerima keputusan berkaitan pemilihan calon yang akan diumumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan pada Isnin ini.

“Dalam sebuah gabungan, semangat setiakawan dan kerja berpasukan mesti diutamakan. Kita perlu bergerak sebagai satu pasukan demi memastikan kemenangan Pakatan Harapan,” ujarnya.

Mohamad Sabu turut berpesan kepada calon-calon AMANAH yang bakal diberikan amanah oleh parti dan dipilih rakyat agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti serta terus istiqamah memperjuangkan agenda parti.

“Berkhidmatlah dengan jujur dan lakukan yang terbaik sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Amanah yang diberikan rakyat perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Beliau turut menyatakan harapan agar rakyat Johor terus menikmati manfaat hasil kestabilan politik dan pentadbiran yang baik, sekali gus menjamin pembangunan negeri yang berterusan pada masa hadapan.

Majlis pelancaran jentera tersebut menjadi antara persiapan awal AMANAH Johor bagi menghadapi PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam suasana persaingan sengit, dengan fokus utama memastikan kemenangan Pakatan Harapan serta kesinambungan pentadbiran yang stabil untuk rakyat.

Related Posts

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

TAWAU – Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis berkaitan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan belakang premis buku di Batu 3, Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat semakin terdesak dan seolah-olah ‘terkapai-kapai’ dalam menentukan hala tuju politiknya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, khususnya berkaitan penggunaan logo Perikatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

Jangan buat spekulasi penemuan mayat lelaki di belakang kedai buku – Polis

Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

Bersatu dilihat terkapai-kapai tanpa Pas menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan

Lima buah kampung di Mukah sambut anak angkat

Lima buah kampung di Mukah sambut anak angkat

Terima dengan hati terbuka calon PH PRN Johor

Terima dengan hati terbuka calon PH PRN Johor

Tiga pegawai media TPM cedera terbabit kemalangan di LPT

Tiga pegawai media TPM cedera terbabit kemalangan di LPT

Malaysia, Turkmenistan meterai kerjasama baharu dalam AI, TVET dan semikonduktor

Malaysia, Turkmenistan meterai kerjasama baharu dalam AI, TVET dan semikonduktor