Tiga pegawai media TPM cedera terbabit kemalangan di LPT

KUANTAN – Tujuh individu termasuk seorang pemandu dan tiga pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 144.2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner dan dua lori masing-masing jenis Foton dan Hicom.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, siasatan awal mendapati Toyota Fortuner berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lumpur..

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Foton secara tiba-tiba mengubah haluan ke kanan jalan.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu Toyota Fortuner tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan lori berkenaan.

“Dalam masa sama, sebuah lagi lori jenis Hicom yang berada di lokasi cuba mengelak sebelum hilang kawalan dan terbabas serta melanggar besi penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Beliau berkata, semua mangsa mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Jengka untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan lori Foton mengubah haluan secara mengejut sehingga menyebabkan perlanggaran.

Katanya, kes disiasat mengikut Rule 6 (1) LN 166/59.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Maran, Sarjan Mohd Junaidi Jamat di talian 019-4544864 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam hantaran di laman Facebooknya memaklumkan pegawai medianya terlibat dalam kemalangan jalan raya di laluan berhampiran Maran ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri Himpunan Huffaz Negeri Pahang 2026.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid memaklumkan semua yang terlibat dalam insiden tersebut berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Related Posts

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

MIRI – Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Bekenu maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 55, berhampiran sekolah berkenaan, pada Selasa. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

KUNAK – Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn akan diberi perhatian bagi memastikan kemudahan sekolah itu dapat digunakan dengan lebih selesa dan sesuai untuk aktiviti warga sekolah. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

KWAP bina kediaman siswa bukan isu, pelaburan mampu jana pulangan

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

Pelajar maut dilanggar kereta ketika melintas jalan di Bekenu

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Pengangguran rendah bukan cerminan realiti pasaran buruh

Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

  • By Fatin
  • October 15, 2026
Dewan terbuka SK Mostyn akan diberi perhatian – Anil

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen

11 entiti terlibat dagangan kredit karbon hutan di Sarawak, tiga terima lesen