Empat warga Vietnam dipenjara lapan bulan, ceroboh Hutan Simpan Belum tanpa permit

GERIK – Empat lelaki warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memasuki Hutan Simpan Belum tanpa kebenaran pada Mei lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan terhadap Van Suot Doan, Van Sau Doan, Van Hai Nguyen dan Thanh Tam Nguyen selepas mereka mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 47(1) Akta Perhutanan Negara 1984.

Peruntukan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Qurratu’Aini Khalifah.

Berdasarkan fakta kes, kesemua tertuduh ditahan pada 14 Mei 2026 kira-kira jam 4 pagi di Kompartmen 322, Hutan Simpan Belum menerusi Operasi Khazanah yang dilaksanakan secara bersepadu.

Operasi berkenaan membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Perbadanan Taman Negeri Royal Belum serta Pasukan Gerakan Am (PGA) Perak.

Siasatan kes dijalankan oleh pegawai penyiasat Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang diketuai Mohd Khairul Anuar Rahim dan Muhammad Shahrul Annuar Hasaini.

Walaupun keempat-empat tertuduh yang dibantu jurubahasa merayu agar hukuman diringankan, mahkamah berpendapat hukuman penjara yang dikenakan adalah wajar dan setimpal sebagai pengajaran kepada mereka serta orang ramai.

Mahkamah turut menegaskan kepentingan mendapatkan permit memasuki hutan simpan sebelum menjalankan sebarang aktiviti di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohd Basri Abdul Manaf berkata, pihaknya kekal komited memperkukuh penguatkuasaan undang-undang perhutanan bagi melindungi khazanah hutan negeri daripada sebarang bentuk pencerobohan.

“Jabatan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang didapati memasuki atau menceroboh hutan simpan di Perak tanpa kebenaran yang sah.

“Tindakan tegas akan terus diambil bagi memastikan kelestarian sumber hutan negeri terus terpelihara dan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang sentiasa dipertingkatkan,” katanya.

Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Related Posts

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

SHAH ALAM – Pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2 oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerima maklum balas positif daripada warga maya yang menyifatkan inisiatif itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu jalan BSI-Ranggu: Pembukaan jalan ditangguh sehingga 30 Jun ini

TAWAU – Rancangan untuk membuka jalan rizab yang menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI) dan Ranggu (PR1MA) seperti yang diwar-warkan sebelum ini iaitu pada 17 Jun lalu ditangguh sehingga 30 Jun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Sidang Parlimen bermula Isnin, had tempoh PM dan pemisahan kuasa AG jadi tumpuan

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

Rakyat puji Pakej Daya Tahan Selangor Fasa 2, sifatkan langkah Kerajaan Negeri proaktif

Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

Malaysia, Turkmenistan perkukuh kerjasama tenaga menerusi perjanjian strategik Petronas

Isu jalan BSI-Ranggu: Pembukaan jalan ditangguh sehingga 30 Jun ini

Isu jalan BSI-Ranggu: Pembukaan jalan ditangguh sehingga 30 Jun ini

Kepelbagaian budaya, agama kekal teras kekuatan perpaduan Sarawak