Kebakaran rumah: Warga emas meninggal dunia di hospital

KUCHING – Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Lorong Stutong Baru di sini pada malam 16 Jun.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden tersebut daripada orang awam pada jam 7.05 malam.

Susulan laporan itu, sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Maong berserta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan bahagian tingkat atas kediaman berkenaan. Mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 8.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu malam.

Beliau menjelaskan, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan berhubung insiden serta kematian warga emas tersebut.

Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah laporan mati mengejut, manakala punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan JBPM.

Dalam pada itu, Alexson menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa serta mengelakkan gangguan terhadap siasatan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkannya terus kepada Ketua Polis Balai Sungai Maong, Inspektor Awang Ramzi Awang Junaidi di talian 019-8444123, Balai Polis Sungai Maong (082-420469) atau tampil ke balai polis berhampiran.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali