Politik bukan sekadar mimpi menang besar, tetapi bertanggungjawab terhadap rakyat

KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pas mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya akan datang telah menarik perhatian banyak pihak.

Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, dalam politik, keyakinan seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa. Setiap parti politik berhak meletakkan sasaran tinggi dan bercita-cita besar untuk mencapai kemenangan yang maksimum.

Katanya,sejarah politik mengajar bahawa keyakinan semata-mata tidak pernah menjamin kemenangan. Dalam sistem demokrasi, rakyat adalah hakim yang menentukan siapa yang layak diberi mandat dan siapa yang perlu menerima penolakan.

“Keputusan pilihan raya tidak ditentukan oleh pidato yang berapi-api atau keyakinan pemimpin politik, sebaliknya ditentukan oleh penilaian rakyat terhadap prestasi, kejujuran dan kemampuan sesebuah parti menyelesaikan masalah mereka.

“Dalam konteks ini, sasaran Pas untuk menang 36-0 tidak seharusnya menjadi isu utama. Apa yang lebih penting ialah bagaimana sasaran tersebut disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, politik yang sihat memerlukan keyakinan, tetapi keyakinan yang melampau sehingga membawa kepada naratif bahawa parti lain sudah tidak relevan atau bakal lenyap hanya akan menimbulkan persepsi kesombongan politik.

“Malaysia telah menyaksikan banyak episod kebangkitan dan kejatuhan parti-parti besar.

“UMNO yang pernah dianggap hampir mustahil ditewaskan akhirnya kehilangan kuasa selepas puluhan tahun memerintah.

“Pas sendiri pernah meletakkan sasaran untuk mengambil alih Putrajaya tetapi tidak berjaya merealisasikannya. Bersatu pula pernah dilihat sebagai wadah masa depan politik Melayu, namun hari ini berdepan pelbagai cabaran dalaman yang melemahkan kedudukannya,” ujarnya.

Menurut Mahfuz,semua ini membuktikan bahawa tiada parti yang kebal daripada penolakan rakyat. Kuasa politik sentiasa bersifat sementara dan bergantung kepada kepercayaan rakyat yang boleh berubah dari semasa ke semasa.

Apa yang lebih penting untuk dinilai oleh rakyat Kedah hari ini bukanlah ramalan kemenangan mana-mana parti, tetapi pencapaian sebenar kerajaan negeri.

“Rakyat mahu melihat peluang pekerjaan yang lebih baik untuk anak muda, peningkatan pendapatan isi rumah, kemudahan asas yang mencukupi, pembangunan ekonomi yang mampan serta perancangan masa depan yang mampu menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

“Pilihan raya bukan pertandingan siapa paling hebat membuat ramalan politik. Ia adalah pertandingan idea, dasar dan penyelesaian terhadap masalah rakyat,” katanya.

Jelasnya lagi, dalam masa yang sama, Pas juga perlu menjelaskan beberapa persoalan yang masih menjadi tanda tanya dalam kalangan rakyat.

“Antaranya ialah mengapa hubungan politik dengan Bersatu semakin renggang, mengapa agenda penyatuan ummah yang pernah dilaungkan gagal mencapai matlamatnya, dan apakah pelan ekonomi jangka panjang yang benar-benar mampu membawa perubahan besar kepada Kedah.

“Rakyat berhak menilai sama ada slogan-slogan pembangunan yang diketengahkan benar-benar memberikan manfaat kepada mereka atau sekadar retorik politik.

“Pembangunan negeri pula perlu diukur melalui kesejahteraan rakyat, bukannya semata-mata melalui slogan yang menarik perhatian,” katanya.

Dalam demokrasi yang matang, sikap rendah diri adalah sifat yang perlu ada pada setiap pemimpin. Tidak ada mana-mana pemimpin atau parti yang boleh mendahului keputusan rakyat.

Menurut Mahfuz, mandat rakyat hanya boleh diperoleh melalui kepercayaan yang dibina berdasarkan prestasi dan rekod perkhidmatan.

Politik yang berteraskan kerendahan hati akan lebih dekat dengan rakyat berbanding politik yang dibina atas keyakinan berlebihan.

Akhirnya, sama ada Pas, Pakatan Harapan, Barisan Nasional atau mana-mana parti sekalipun, keputusan tetap berada di tangan rakyat.

Dan rakyat sentiasa mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negeri serta negara melalui peti undi.

Related Posts

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

PUTRAJAYA– Kenyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung berhubung kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membuktikan sikap Pas sendiri menjadi punca tercetusnya persepsi Islamofobia di Malaysia. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta