114 warga asing ditahan, lakukan pelbagai kesalahan imigresen

TAWAU – Seramai 114 warga asing berjaya ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Sabah di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan, baru-baru ini.

Imigresen Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua mereka ditahan menerusi pelbagai operasi iaitu Ops Bersepadu, Ops Sapu, Ops Mahir, Ops Kutip, Ops Belanja dan Ops Jaja.

“Di Tawau, tangkapan melibatkan 54 warga Filipina termasuk seorang wanita, seorang lelaki warganegara Pakistan dan dua lelaki serta empat wanita warganegara Indonesia.

“Di Lahad Datu, seramai 35 warga Filipina dan Indonesia telah ditahan terdiri daripada 10 lelaki, sembilan wanita, tujuh kanak-kanak lelaki dan sembilan kanak-kanak perempuan,” menurut kenyataan Imigresen Sabah.

Sementara di Sandakan, tangkapan membabitkan 18 warga Filipina iaitu sembilan lelaki dan lapan wanita selain seorang wanita warga Indonesia.

Menurut kenyataan sama, warga asing yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Sehubungan itu, Imigresen Sabah tegas terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang