10 kenderaan, sebuah rumah musnah dijilat api

LAHAD DATU – Sebanyak 10 kenderaan dan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal terjejas teruk dalam kebakaran di Kampung Bumiputra Silam, Lorong Usman Duri 3, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, empat kereta dan empat motorsikal musnah sepenuhnya manakala dua kereta terbakar 10 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, sebaik menerima panggilan, sepasukan sembilan anggota bersama jentera bergegas ke lokasi sejauh 23 Kilometer.

“Sebaik tiba, iperasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan menggunakan sumber air daripada tangki jentera.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pukul 4.08 petang selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang