Terpedaya pelaburan dalam Facebook, warga emas rugi lebih RM371,000

MIRI – Seorang wanita warga emas berputih mata apabila kerugian RM371,983.67 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah ⁠berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Jun lalu.

Menurutnya, mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 61 tahun mendakwa tertarik dengan iklan pelaburan saham di Facebook sebelum menekan pautan yang disediakan.

“Mangsa kemudian berhubung dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen pelaburan menerusi nombor telefon 010-8015954 dan 014-6071732.

“Suspek menawarkan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat, sekali gus mendorong mangsa untuk menyertai skim tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Farhan berkata, mangsa melakukan 15 transaksi pindahan wang ke dalam empat akaun bank berbeza melibatkan jumlah keseluruhan RM400,883.67.

Bagaimanapun, mangsa hanya berjaya mengeluarkan pulangan berjumlah RM28,900 sebelum suspek mula memberikan pelbagai alasan apabila wanita itu ingin mengeluarkan baki keuntungan yang dijanjikan.

“Mangsa akhirnya menyedari dirinya ditipu sebelum tampil membuat laporan polis. Jumlah kerugian sebenar yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371,983.67,” jelasnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun berserta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Tasman Hukman di talian 014-8618690 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, polis menasihatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang