Program Outreach Batu Danau perkasa kefahaman rakyat terhadap dasar kerajaan

LIMBANG – Penganjuran Program Outreach Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau di Dewan St. Edmund’s berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat bagi mendalami maklumat terkini mengenai inisiatif dan program pembangunan kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang berkata, inisiatif berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti, khususnya ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mengenai pelbagai peluang dan bantuan yang disediakan.

Menurut beliau, program itu dianjurkan secara usaha sama oleh Pejabat Setiausaha Politik Jabatan Premier Sarawak, Pejabat Daerah Limbang dan Pusat Khidmat DUN Batu Danau.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperkenalkan pelbagai dasar yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“Justeru, maklumat yang diperoleh melalui sesi taklimat ini amat penting agar masyarakat dapat mengambil bahagian dalam pelbagai program pembangunan mengikut keupayaan masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau turut menyeru para peserta agar berkongsi segala input yang diterima kepada ahli komuniti lain yang tidak berkesempatan menghadiri program tersebut.

Dalam perkembangan sama, Paulus menjelaskan status terkini beberapa isu prasarana setempat termasuk projek bekalan air dari Simpang Pengkalan Jawa ke Simpang Ukong.

Jelasnya, projek berkenaan siap sepenuhnya dari segi fizikal dan kini berada pada peringkat ujian serta pentauliahan.

“Proses ini dijangka selesai pada Oktober 2026 berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh pihak Sarawak Water. Penduduk yang terlibat juga sudah boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bekalan air,” ujarnya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa projek pemasangan paip ke kawasan Kuala Medalam sedang giat dilaksanakan.

Menyentuh mengenai masalah bekalan elektrik ke Kampung Lubuk Bidai, Paulus menegaskan bahawa isu tersebut akan terus diberi perhatian serius.

Kata beliau, projek di bawah Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah itu sebelum ini terhenti akibat kekurangan peruntukan.

“Saya meminta pihak SESCO untuk membuat semula penilaian dan anggaran kos bagi membolehkan projek ini disiapkan dengan segera,” tegasnya.

Pada majlis yang sama, Paulus merakamkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi yang menjayakan program tersebut termasuk Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak Energy, Sarawak Water, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Turut dihargai ialah Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), SPay Global, SAINS, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, kakitangan awam, pengurusan dewan serta barisan ahli JKKK.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi

Agong terima menghadap Premier Sarawak di Istana Pasir Pelangi