Sabah komited pertahan perpaduan, Hajiji tegaskan keadilan sosioekonomi kunci keharmonian negara

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah kekal komited memastikan perpaduan dan keharmonian masyarakat terus menjadi teras pembangunan negeri, dengan penekanan terhadap keadilan sosioekonomi, kesaksamaan wilayah dan semangat kebersamaan sebagai asas kepada kemakmuran yang berkekalan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong pelbagai program yang memperkukuhkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan nilai kesejahteraan, ihsan, hormat-menghormati dan kemampanan.

“Perpaduan bukan sekadar slogan atau simbolik semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui tindakan yang nyata dan dasar yang mampu memberi manfaat secara adil kepada seluruh rakyat.

“Perpaduan sebenar tidak lagi boleh diukur sekadar pada budi bahasa yang indah atau batas toleransi yang pasif. Sebaliknya, perpaduan yang tulen menuntut tindakan yang nyata, komitmen yang berterusan, keikhlasan, rasa saling menghormati dan yang paling utama ialah terjaminnya keadilan sosioekonomi serta kesaksamaan bagi setiap wilayah,” katanya semasa menyampaikan ucapan sempena sambutan Minggu Perpaduan Kebangsaan, di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, pemilihan Sabah sebagai tuan rumah sambutan Minggu Perpaduan Kebangsaan tahun ini sebagai satu penghormatan besar dan pengiktirafan terhadap keunikan budaya masyarakat negeri itu yang telah lama mengamalkan kehidupan harmoni dalam kepelbagaian.

“Keharmonian yang dinikmati rakyat Sabah sejak turun-temurun merupakan sumbangan penting negeri itu kepada agenda pembinaan negara bangsa Malaysia.

“Budaya kehidupan masyarakat Sabah yang menjadikan keharmonian dan kebersamaan sebagai cara hidup warisan turun-temurun adalah aset yang sangat bernilai kepada negara.

“Kita melihat saudara-saudara kita dari Semenanjung dan Sarawak yang hadir bersama-sama di sini bukan sekadar sebagai tetamu, tetapi sebagai satu keluarga besar Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menegaskan kekuatan sesebuah negara majmuk hanya dapat dipertahankan apabila setiap rakyat dan wilayah merasakan mereka dihargai, dilindungi serta menerima pembangunan yang adil dan saksama.

“Konsep perpaduan yang mampan perlu disokong oleh dasar pembangunan yang inklusif agar tiada pihak yang berasa terpinggir dalam arus kemajuan negara.

“Sesebuah institusi keluarga, apatah lagi sebuah negara bangsa besar yang bersifat majmuk seperti Malaysia, hanya akan benar-benar utuh apabila setiap ahlinya atau setiap negeri dan wilayahnya merasakan diri mereka dihargai, dilindungi dan dibangunkan secara adil dan saksama.

“Semangat kekitaan dan kebersamaan yang tulen perlu terus dipupuk demi menjamin kesejahteraan serta kemakmuran negara untuk jangka panjang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengajak seluruh rakyat Sabah untuk terus memelihara keharmonian yang menjadi identiti unik negeri itu dengan menghargai kepelbagaian kaum, budaya dan agama.

“Saya yakin agenda perpaduan dan pembangunan akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan sekiranya semua pihak memainkan peranan melalui semangat kerjasama, kesepakatan sosial dan iltizam politik yang kukuh.

“Dengan semangat kerjasama yang jitu, fokus kepada perpaduan dan pembangunan akan dapat dijayakan dengan lebih mudah melalui kesepakatan sosial dan iltizam politik yang melibatkan semua pihak.

“Marilah kita terus mempereratkan komitmen bersama untuk memelihara kemakmuran, memperkukuh perpaduan dan memastikan keharmonian yang kita warisi hari ini dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang,” kongsinya.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah