Guru juga perlu dilindungi undang-undang semasa bertugas – Fadhlina

GEORGE TOWN – Para guru khususnya guru disiplin berhak mendapat perlindungan sewajarnya di bawah undang-undang ketika melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius insiden melibatkan guru yang menjadi mangsa keganasan atau serangan ketika menjalankan tugas penguatkuasaan disiplin terhadap pelajar.

“Isu ini juga kita harus pertahankan apa yang kita sebut sebagai melihat kepada perlindungan kepada guru-guru kita semasa mereka menjalankan kuasa dan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru khususnya guru disiplin.

“Guru kita juga mempunyai hak untuk dilindungi di bawah undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Surat Kelulusan Pembinaan Bangunan Baharu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Heng Ee di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, setiap insiden yang berlaku akan melalui proses laporan dan siasatan di peringkat kementerian selain turut melibatkan pihak berkuasa berkaitan.

“Sekali lagi saya tekankan bahawa kita ada laporan dan siasatan di peringkat kita dan juga di pihak autoriti yang lebih tinggi untuk memastikan bahawa semua kejadian ini dapat kita tangani.

“Dalam konteks bahawa undang-undang dalam masa yang sama, peraturan-peraturan kita juga mesti dipatuhi oleh semua pihak yang menjadi warga sekolah,” ujarnya.

Beliau menegaskan, KPM tidak hanya memberi perhatian kepada isu buli dalam kalangan pelajar sebaliknya turut memastikan kebajikan dan keselamatan guru sentiasa terpelihara ketika melaksanakan amanah mendidik serta menguatkuasakan disiplin di sekolah.

Terdahulu media melaporkan, seorang guru disiplin dpercayai cedera akibat ditumbuk sekumpulan pelajar dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar Rabu lalu.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu didakwa tercetus daripada rasa tidak puas hati apabila rambut pelajar terlibat digunting guru berkenaan.

Related Posts

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

PUTRAJAYA – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang dan setiap yang disabitkan kesalahan mesti menjalani hukuman mengikut Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang sedia ada, tegas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR – Harga arang batu yang melonjak kepada AS$148 satu tan pada 10 September meningkatkan tekanan terhadap kos penjanaan elektrik negara, kata Menteri Ekonomi, Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI