Amirudin beri jaminan tindakan segera terhadap penempatan haram

KUALA SELANGOR – Semua penempatan haram di Selangor yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) perlu dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, isu penempatan haram bukan perkara baharu dan perlu ditangani secara tegas berdasarkan aspek pentadbiran serta pengurusan tanah.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan seperti amaran dan notis telah dikeluarkan dalam banyak kes sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

“Isunya adalah pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan kelulusan tanah serta PBT. Daripada rekod kita, pelbagai tindakan termasuk amaran dan notis telah dibuat.

“Biasanya isu tanah melibatkan penggunaan yang tidak mengikut kapasiti atau syarat nyata tanah tersebut,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut berdepan pelbagai kes penggunaan tanah secara tidak sah termasuk kawasan pembuangan sampah haram yang memerlukan proses pemulihan sebelum tindakan rampasan dapat dilaksanakan.

Mengulas mengenai penempatan haram di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat yang tular baru-baru ini, Amirudin berkata beliau telah menerima jaminan daripada Pegawai Daerah Hulu Langat bahawa tindakan perobohan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Saya sudah mendapat jaminan daripada pihak pegawai daerah bahawa tindakan segera akan dibuat untuk merobohkan struktur berkenaan dan jika ada keperluan, rampasan tanah juga akan dilaksanakan.

“Bagaimanapun, proses perampasan tanah bukan mudah kerana ia melibatkan tanah milik persendirian yang telah dibayar premium. Dalam sesetengah kes, perkara ini perlu dibawa ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan pelbagai tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh agensi kerajaan sejak 2016 bagi menangani isu bangunan penempatan etnik Rohingya yang tular di media sosial.

Sementara itu, Pegawai Daerah Hulu Langat, Datuk Mohd Jusni Hashim sebelum ini menegaskan bahawa pihaknya akan melaksanakan tindakan perobohan mengikut undang-undang susulan pelbagai tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap struktur berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Keputusan Loke bukti kepimpinan melangkaui kedudukan – Chan Foong Hin

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Penganggur didakwa bunuh isteri kerana cemburu

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Tahanan rumah Najib: Undang-undang bukan payung selepas hujan – Mahfuz

Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003

  • By Fandi
  • September 21, 2026
Lebih 980,000 pokok ditanam di SPnCA sejak 2003