Jumlah penagih dapatkan rawatan sukarela kian meningkat – AADK

GEORGE TOWN- Seramai 689 individu tampil secara sukarela mendapatkan rawatan dan pemulihan berkaitan penyalahgunaan dadah menerusi program Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sehingga 31 Mei lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatannya, Mahadzir Elias berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap peluang rawatan dan pemulihan yang disediakan kerajaan.

Menurutnya, pendekatan berkenaan memberi peluang kepada penagih untuk mendapatkan bantuan secara sukarela tanpa perlu melalui proses perundangan, sekali gus membantu mengurangkan stigma masyarakat terhadap golongan terbabit.

“Jumlah itu melibatkan individu yang mendapatkan rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN).

“Kita memang menggalakkan penyertaan secara sukarela malah mereka yang tampil mendapatkan rawatan tidak akan berdepan tindakan undang-undang,” katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Cegah Khas AADK Pulau Pinang di sini, malam semalam.

Mahadzir berkata, selain rawatan dan pemulihan di PUSPEN, AADK turut menawarkan rawatan dalam komuniti mengikut tahap pembabitan seseorang individu dengan dadah.

“Tahun ini ada peningkatan yang agak ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini. Namun masih ramai yang berasa malu atau menganggap isu penyalahgunaan dadah sebagai sesuatu yang tabu untuk diakui,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, AADK menahan seramai 14,518 penagih dan penyalahgunaan dadah di seluruh negara sehingga 31 Mei lalu.

Related Posts

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis