RM7.5 juta projek tembok keselamatan, jalan dan pos kawalan Pulau Sebatik

TAWAU – Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja awalan jajaran jalan, pembinaan tembok keselamatan serta pos kawalan keselamatan di Kampung Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada inisiatif besar Projek Sempadan Sabah–Sarawak–Kalimantan bernilai RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah, dari segi perancangan, projek ini sedang berjalan dengan baik dan kita berharap ia dapat direalisasikan mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

“Ini amat penting kerana hasil lawatan mendapati pihak Indonesia telah mempunyai pos kawalan, namun di pihak Malaysia masih belum ada kemudahan tersebut,” ujarnya kepada media selepas melakukan lawatan kerja Projek Sempadan Sabah, di Pulau Sebatik, pada Selasa.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, ketirisan barangan subsidi yang tinggi turut berlaku di Pulau Sebatik kerana harga barangan subsidi lebih murah berbanding negara Indonesia.

“Pelaksanaan projek ini perlu dipercepatkan bagi memastikan kawalan imigresen keluar masuk negara dapat diperkukuh, di samping mengurangkan aktiviti penyeludupan yang dilihat agak kritikal di kawasan sempadan ini.

“Status semasa projek ini masih dalam fasa kerja awalan yang telah bermula pada tahun ini dengan melibatkan dua set aktiviti iaitu kerja-kerja Soil Investigation (SI) dan Ukur tanah bersama Underground Utility Mapping (UDM).

“Kerja-kerja pembinaan akan sedia dilaksanakan pada tahun 2027 tertakluk kepada kelulusan pewartaan tanah.

“Dianggarkan enam anggota keselamatan akan ditempatkan di Pos Kawalan yang kita jangka akan siap dalam tempoh dua tahun,” kongsinya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak