Isu ijazah Universiti Alexandria, KPT sedia bertindak sebagai pemudah cara

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia membantu menyelesaikan isu pengiktirafan ijazah membabitkan empat pelajar swasta Malaysia yang mengikuti pengajian farmasi di Universiti Alexandria, Mesir.  

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan, kemelut itu berpunca daripada masalah teknikal selepas pihak universiti berkenaan menukar nama program daripada ‘Farmasi’ kepada Doctor of Pharmacy (D-Pharm) tanpa pemakluman awal kepada kerajaan Malaysia.  

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran MySISWA@Job On Campus Universiti Awam Malaysia di Arena Gemilang, DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada petang Selasa.

Tegasnya, kelulusan daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sama sekali tidak mendatangkan masalah.  

Namun, beliau berkata, bidang farmasi tertakluk kepada pengiktirafan lembaga profesionalnya sendiri iaitu Lembaga Farmasi Malaysia yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM).  

“Kita amat bersimpati dengan nasib empat pelajar tersebut dan saya telah pun memaklumkan perkara ini kepada Menteri Kesihatan.

“KPT bersama-sama kementerian berkaitan akan bertindak sebagai pemudah cara bagi membantu menyelesaikan isu teknikal ini,” katanya.  

Related Posts

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

SEREMBAN – Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan mencabar pihak yang mendakwa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sudah melalui penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meninjau kawasan G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menempatkan sebahagian besar pemegang Tiket MADANI sempena perlumbaan Formula 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

DKU cabar kemuka bukti penyiasatan Tuanku Muhriz sebelum Proklamasi 19 April

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Perpaduan warga Mukah contoh terbaik keharmonian Sarawak – Abdul Yakub

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Salah guna syarat lesen, 10 individu dan VNT ditahan

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Bayi antara empat maut, kemalangan lori dengan dua kereta

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Litar Rasa MADANI semarak F1, peniaga tempatan raih manfaat ekonomi – PM

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017

Verstappen raih podium di Sepang, ulang kejayaan 2017