Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok Gong ke Terusan di sini, petang semalam.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan anggota Batalion 8 PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira jam 4.30 petang.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan ke atas lori jenis Isuzu itu menemukan pelbagai anak pokok yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Menurutnya, antara anak pokok yang dirampas ialah ciku, lantana, dokong, bidara, ciku mega, kelapa, jambu madu dan tampoi.

“Ketika rondaan dijalankan, pasukan operasi mengesan sebuah lori putih dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan kenderaan tersebut untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian belakang lori menemukan sejumlah anak pokok yang dipercayai diseludup dari Thailand dan disyaki mengandungi serangga perosak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, semua anak pokok bersama lori berkenaan dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM375,000.

Katanya, pemandu lori turut ditahan mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah sebelum barang kes dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati semua anak pokok itu diambil di Rantau Panjang untuk dihantar ke Muar, Johor.

“Kes diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kota Bharu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, PGA akan terus mempergiat pemantauan di kawasan sempadan bagi mengekang kegiatan penyeludupan dan pembolosan masuk barangan dari negara jiran.

Foto: Berita Harian

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan