Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

LAHAD DATU – Usaha mendekati rakyat tidak seharusnya bergantung kepada jawatan atau kedudukan, sebaliknya perlu dilakukan secara konsisten untuk memahami keperluan mereka.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, sejak awal menerajui Harapan Rakyat, beliau sering menekankan konsep turun padang membantu rakyat tanpa mengira masa atau menjelang pilihan raya.

“Jawatan hanya jambatan kepada kita untuk menghubungkan rakyat dengan kerajaan dengan membawa suara rakyat seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik akan setiap masalah yang diutarakan.

“Namun, apa yang penting, kita harus menjaga hubungan dengan masyarakat khususnya penduduk kampung di kawasan kita,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Harapan Rakyat (Segama, Silam, Tungku) 2026 di Lahad Datu, pada Sabtu.

Menurut Yun Fah, dengan pendekatan proaktif itu, beliau yakin rakyat boleh menilai sendiri sejauh mana keikhlasan seorang pemimpin dalam menyantuni rakyat.

“Saya juga mahu kepimpinan peringkat bahagian khususnya Ketua-Ketua Bahagian di Silam, Tungku dan Segama sentiasa menyalurkan maklumat akan keperluan ahli parti dan rakyat di kawasan masing-masing kepada kepimpinan pusat untuk tindakan lanjut.

“Biarpun kita tidak ada wakil rakyat, tetapi saya akan pastikan bantuan dapat diberikan sama ada menggunakan dana sendiri mahu pun menerusi inisiatif yang disediakan kerajaan,” tegasnya.

Tambahnya lagi, sepanjang berkecimpung dalam dunia politik, beliau menyifatkan GRS adalah kerajaan negeri pertama yang menunjukkan komitmen tinggi dan serius dalam membawa perubahan di Sabah.

Bagaimanapun katanya, usaha ini bakal terjejas sekiranya rakyat tidak memberi sokongan kepada kepimpinan negeri.

“Justeru, rakyat perlu meletakkan kepercayaan dan sokongan padu kepada kepimpinan negeri yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi memastikan bantuan dan pembangunan yang dirancang dapat direalisasikan,” ujarnya.

Turut hadir Pemangku Timbalan Presiden Harapan Rakyat, Samsiah Usman; pemangku Setiausaha Agung Harapan Rakyat, Mahar Zemi Jamawi dan Ketua Wanita Harapan Rakyat, Norazian Dumit serta 300 ahli parti terbabit.

Related Posts

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

GEORGE TOWN – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkongsi pengalaman beliau menyantuni seorang tokoh ulama di Pulau Pinang ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, baru-baru ini. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

IPOH – Misteri kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah sejak 23 Mei lalu, akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Turun padang perlu konsisten, bukan semasa berjawatan – Yun Fah

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Jaslinda ditemukan selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import