Perlunya KKDW beralih kepada budaya berimpak, akauntabiliti

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) beralih daripada budaya pematuhan proses semata-mata kepada budaya kerja berteraskan impak serta akauntabiliti.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini bagi memastikan setiap dasar serta program benar-benar membawa perubahan kepada rakyat luar bandar.

Menurut beliau, KKDW tidak boleh hanya menjadi organisasi yang patuh proses dan tatakelola, sebaliknya mesti bertanggungjawab pada keberhasilan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.

“Kita mesti bergerak daripada culture of compliance kepada culture of impact. Daripada culture of activity kepada culture of accountability.  Inilah disiplin baharu yang saya mahu dan kita semua mahu laksanakan di KKDW.

“Rakyat tidak menilai kerajaan berdasarkan jumlah mesyuarat atau pembentangan yang dilakukan, sebaliknya melalui keupayaan dasar dan tindakan kerajaan mengubah kehidupan mereka,” katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan KKDW, pada Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menggesa seluruh kepimpinan dan warga KKDW supaya bertindak lebih pantas, berani membuat keputusan serta jujur menilai kelemahan organisasi selain lebih dekat dengan rakyat bagi menangani isu pembangunan luar bandar.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri meminta Ketua Setiausaha (KSU) dan timbalan-timbalan KSU kementerian, ketua pengarah serta guru besar menjadikan semakan pertengahan penggal ini sebagai titik perubahan dengan setiap dapatan mesti diterjemahkan kepada keputusan yang jelas serta pelaksanaan yang berkesan.

“Setiap keputusan mesti ada garis masa antara kita atau pihak yang bertanggungjawab dan setiap tanggungjawab mesti membawa kepada tindakan yang boleh kita sama-sama usahakan.

“Kelemahan terbesar sesebuah organisasi bukan apabila ia mengaku mempunyai masalah tetapi apabila ia mengetahui masalah tetapi tidak berani bertindak,” katanya.

Beliau turut menggariskan enam disiplin utama yang perlu menjadi asas semakan pertengahan penggal KKDW iaitu aspek relevan, keberkesanan, kecekapan, impak, kemampanan dan kesepaduan.

“Pembangunan luar bandar tidak lagi boleh dilihat sebagai agenda kebajikan semata-mata, sebaliknya perlu dianggap sebagai agenda pertahanan nasional yang penting bagi menjamin kestabilan negara.

“Jika desa lemah, negara akan rapuh. Jika desa ketinggalan, negara akan kehilangan keseimbangan. Tetapi jika desa maju, insya-Allah Malaysia akan memiliki asas yang kukuh untuk menghadapi apa jua cabaran di hadapan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, KKDW perlu bergerak dengan disiplin baharu yang memberi impak besar kepada rakyat selain mempercepat pelaksanaan program dan projek pembangunan.

Beliau menegaskan, walaupun ekonomi negara terus menunjukkan daya tahan dengan pertumbuhan ekonomi yang kekal positif, persoalan utama ialah sama ada pembangunan yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat luar bandar.

“Sebagai contoh pembinaan Jalan Perhubungan Desa (JPD) sepanjang 1,800 kilometer di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), projek itu membuka akses kepada pendidikan, kesihatan, ekonomi dan peluang pekerjaan masyarakat luar bandar.

“Agenda ekonomi desa nasional perlu dilihat sebagai satu ekosistem menyeluruh yang menghubungkan pembangunan infrastruktur, keusahawanan, pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memuji inisiatif beberapa agensi di bawah KKDW termasuk Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang melaksanakan projek KETENGAH Food Valley, tanaman nanas komersial, ternakan ayam pedaging, selain pembangunan kawasan tanaman kopi pertama di Kelantan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) serta projek KEDA Food Valley yang dibangunkan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

“Saya turut merakam penghargaan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) susulan peningkatan kemasukan pelajar orang Asli ke institusi pengajian tinggi (IPT) dan Rancangan Persediaan Pendidikan Sarjana (RPPS), yang disifatkan tertinggi dalam sejarah pendidikan masyarakat itu.

“Institusi pendidikan awal seperti Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Smart Pra Tahfiz, Smart Classroom dan TABIKA Tunas Istimewa di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga memainkan peranan penting dalam membina generasi desa yang berilmu, celik teknologi dan berkeyakinan,” katanya.

Related Posts

Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agenda nasional jaga kebajikan veteran ATM diterjemah menerusi kerjasama MoT-MINDEF

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan (MoT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disifatkan sebagai komitmen kerajaan dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan nahas ragut lima nyawa dirujuk ke AGC, kes diklasifikasikan sebagai bunuh

Kertas siasatan nahas ragut lima nyawa dirujuk ke AGC, kes diklasifikasikan sebagai bunuh

1,318 tapak sulaiman duri disingkirkan di Pulau Adal, Pulau Tabawan

1,318 tapak sulaiman duri disingkirkan di Pulau Adal, Pulau Tabawan

Pelbagaikan aktiviti sukan tarik pengunjung ke Kompleks Sukan Sandakan – Vivian

Pelbagaikan aktiviti sukan tarik pengunjung ke Kompleks Sukan Sandakan – Vivian

MCMC kenakan kompaun RM200,000 terhadap penyebar maklumat palsu

MCMC kenakan kompaun RM200,000 terhadap penyebar maklumat palsu

RM7.8 juta naik taraf jambatan Sungai Tiku, manfaat lebih 50,000 penduduk

RM7.8 juta naik taraf jambatan Sungai Tiku, manfaat lebih 50,000 penduduk

Sabah rangka Pelan OGSE 2026-2030, sasar perkukuh industri minyak, gas negeri

Sabah rangka Pelan OGSE 2026-2030, sasar perkukuh industri minyak, gas negeri