SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan

KULAI – Usahawan mikro dalam komuniti India di daerah ini berpeluang memperoleh suntikan modal sehingga RM100,000 menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Mikro India (SPUMI) yang disediakan oleh TEKUN Nasional bagi memperkukuh dan mengembangkan perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, beliau baru-baru ini berkesempatan melawat serta menyerahkan surat kelulusan pembiayaan SPUMI kepada tiga peniaga tempatan di sekitar Kulai yang berjaya menerima bantuan tersebut.

Menurut beliau, suntikan modal yang diterima membolehkan para peniaga berkenaan memperluaskan operasi perniagaan masing-masing sekali gus meningkatkan daya saing dalam pasaran.

“Kerajaan telah meningkatkan dana keseluruhan SPUMI kepada RM50 juta bagi membantu lebih ramai usahawan India. Melalui skim ini, mereka boleh memperoleh pembiayaan sehingga RM100,000 untuk mengembangkan perniagaan dengan kadar kos pengurusan yang rendah dan proses permohonan yang lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata, peningkatan peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan komuniti usahawan India serta memastikan mereka mempunyai akses kepada pembiayaan yang lebih mudah dan berpatutan.

Di bawah skim berkenaan, usahawan boleh memohon modal pusingan bermula daripada RM1,000 sehingga RM100,000 dengan kos pengurusan yang rendah menerusi kadar tetap empat peratus setahun.

Selain menawarkan pembiayaan yang kompetitif, proses permohonan juga lebih fleksibel tanpa syarat aliran tunai yang rumit, sekali gus memudahkan usahawan mikro mendapatkan bantuan kewangan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Antara dokumen asas yang diperlukan untuk permohonan ialah kad pengenalan, pendaftaran syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sah, penyata bank terkini serta gambar premis atau aktiviti perniagaan.

Teo berkata, usahawan yang layak disaran merebut peluang tersebut sementara peruntukan bagi tahun ini masih tersedia agar mereka tidak terlepas manfaat yang disediakan kerajaan.

“Jangan lepaskan peluang untuk memperkukuh kewangan perniagaan anda sementara dana peruntukan tahun ini masih sedia ada. Kami mahu lebih ramai usahawan tempatan memanfaatkan skim ini untuk mengembangkan perniagaan dan menjana pendapatan yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut menggalakkan individu yang berminat mendapatkan maklumat lanjut atau menyemak kelayakan untuk hadir ke Pejabat TEKUN Daerah Kulai atau menghubungi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kulai bagi mendapatkan panduan mengenai proses permohonan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kelulusan akhir dan jumlah pembiayaan yang diterima adalah tertakluk kepada penilaian penuh oleh TEKUN Nasional termasuk syarat simpanan wajib serta perlindungan takaful yang ditetapkan.

Related Posts

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof akan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat.   Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

SHAH ALAM – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan notis larangan di sebuah tapak pembinaan kilang di Kuala Langat susulan kemalangan maut yang mengorbankan dua pekerja warga asing 28 Julai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim