Pemandu Volkswagen GTI mengaku tidak bersalah dalam tragedi Jalan Losong Feri

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki dalam kemalangan tragis di Jalan Losong Feri pada 19 Mei lalu.

Tertuduh, Asrizal Hisham Khalid, 43, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang memandu sebuah kereta jenis Volkswagen GTI didakwa telah memandu secara berbahaya di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu kira-kira jam 3.36 petang pada 19 Mei lalu sehingga menyebabkan kematian Wah Han Keong, 18.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta denda antara RM20,000 hingga RM50,000 jika sabit kesalahan. Selain itu, pesalah turut boleh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh sekurang-kurangnya lima tahun dari tarikh sabitan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. Sebagai syarat tambahan, mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga prosiding kes selesai. Mahkamah menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ameena Azzuhriyyah Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Dalam kejadian itu, sebuah van Nissan Vanette bertembung dengan sebuah kereta Volkswagen Golf GTI yang dipandu tertuduh di Jalan Losong Feri berhampiran Kampung Losong Panglima Perang.

Penumpang hadapan van berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas sebuah tiang lampu jalan yang tumbang akibat impak kemalangan menghempap bahagian kepala.

Foto: Berita Harian

Related Posts

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi