Dua kes babitkan Azam Baki kini tunggu nasihat Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan dua kertas siasatan yang membabitkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, proses rakaman percakapan Azam telah selesai dijalankan hari ini mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan dalam dua kes berasingan.

Beliau berkata, siasatan pertama melibatkan penerbitan artikel oleh Bloomberg.com yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah berkaitan pemilikan saham dalam Velocity Capital Partner Berhad, manakala siasatan kedua berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap ahli perniagaan, Albert Tei.

“Kedua-dua kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat untuk nasihat dan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, masyarakat diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan tanpa gangguan dan mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses perundangan.

“PDRM komited dalam memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa diutamakan bagi menjamin keadilan.

“PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu, Bloomberg menerbitkan laporan yang mendakwa Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd berdasarkan dokumen pemfailan tahunan syarikat itu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Februari tahun lalu.

Laporan tersebut mendorong pembukaan siasatan polis selepas satu laporan dibuat berhubung dakwaan bahawa kandungan artikel berkenaan mengandungi unsur fitnah terhadap Azam.

Susulan itu, Azam turut mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg dengan mendakwa laporan berkenaan mengandungi maklumat yang mengelirukan, bersifat fitnah serta mencemarkan reputasi beliau dan kredibiliti SPRM.

Dalam perkembangan berkaitan, rakaman percakapan Azam turut melibatkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap Albert Tei.

Pada 13 Mei lalu, ahli perniagaan itu membuat laporan polis dengan mendakwa beliau menerima ugutan yang disampaikan melalui seorang peguam.

Bagaimanapun, Azam menafikan dakwaan tersebut dan mengesahkan bahawa beliau telah hadir ke Bukit Aman hari ini untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dalam kedua-dua siasatan berkenaan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit